Nuffnang Advertisement

Sunday, April 10, 2011

Senaman Minda

Adakah anda mudah lupa atau mengambil masa yang lama untuk mengingat sesuatu perkara. Mungkin otak anda sudah kurang daya ingatannya. Tahukah anda selain dari melakukan senaman untuk badan, kita juga perlu melakukan senaman untuk otak bagi mengekalkan kekuatannya.

Mungkin selama ini otak anda sudah menjadi bebal atau tepu kerana kita sudah meninggalkan senaman otak yang biasa kita lakukan di zaman persekolahan. Di samping itu otak kita juga sering dilalaikan dengan aktiviti hiburan yang tidak menjana minda.

Apa kata anda cuba beberapa aktiviti dibawah bagi menajamkan kembali otak anda:

  • Cuba menjawap teka silangkata atau bermain SuDoKu.
  • Membaca buku
  • Menonton rancangan berbentuk ilmiah seperti National Geographic dan Discovery
  • Cuba hobi baru seperti bermain alat muzik, melukis, fotografi atau berkebun
  • Belajar bahasa asing
  • Bermain permainan seperti Scrabble, Monopoly atau Chess.


Formula Mengurangkan Berat Badan

1) Jumlah kalori yang dimakan mestilah kurang dari jumlah kalori yang dibakar
2) Tingkatkan metabolisma untuk membakar lebih kalori
3) Konsisten

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...