Nuffnang Advertisement

Friday, January 27, 2012

7 Langkah Bijak Mengurangkan Pengambilan Gula

Sepertimana yang kita tahu pengambilan gula yang berlebihan adalah salah satu punca obesiti. Ia juga menyumbang kepada peningkatan risiko mendapat penyakit kencing manis atau diabetis. Oleh itu jika anda serius untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan kehidupan yang lebih sihat, anda harus mengurangkan pengambilan gula harian anda.

Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan oleh Infosihat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman ringan (minuman berkarbonat, sirap dan kordial)


2. Kurangkan gula dan susu pekat dalam teh dan kopi anda.



3. Kurangkan gula dalam masakan seperti kuih-muih, biskut, kek dan bubur/pengat.

4. Elakkan makan makanan yang tinggi gula diantara waktu makan utama dan sebelum tidur.


5. Gantikan makanan pencuci mulut seperti kuih-muih kepada buah-buahan segar.


6. Baca label dan kandungan makanan. Elakkan makanan yang mengandungi gula sebagai bahan utama.


7. Pilih barangan yang "kurang gula", "0% gula" atau "tiada gula".

Untuk maklumat lebih lanjut dan info sihat yang lain, anda bolehlah melayari laman web Infosihat dan MyHealth.

Saturday, January 7, 2012

Carta 5 Post Paling Banyak Dibaca

Selamat Tahun Baru 2012. Alhamdulilah, blog ini masih lagi hidup dan akan terus hidup dalam membicarakan perubahan diri ke arah yang lebih baik. Matlamat asal saya untuk menulis sekurang-kurangnya 100 posting untuk 2011 tidak tercapai. Saya hanya mampu menulis 80 posting sahaja. Saya akui saya kurang menulis diakhir-akhir tahun kerana kesibukkan dengan berbagai agenda lain. Tapi untuk 'first time visits' saya telah menjangkaui sasaran asal iaitu 200 dengan 577 'first time visits'.

Semoga ditahun 2012 saya mampu menulis dengan lebih kerap lagi dan mengatasi jumlah rekod ditahun 2011.

5 Post Yang Paling Banyak Dibaca


Jumlah pengunjung berdasarkan Statcounter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...