"one of two divisions into which some games or performances are divided: the two divisions are separated by an interval"
Nuffnang Advertisement
Wednesday, March 30, 2011
Dairi Makanan
Superfood
Sunday, March 20, 2011
Kalori & Aktiviti Membakar Kalori
Senaman aerobik 115 kalori/10 min
Menaiki tangga 175 kalori/10 min
Gerakan tarian 109 kalori/10 min
Skipping 121 kalori/10 min
Bolasepak 92 kalori/10 min
Bola keranjang 90 kalori/10 min
Membeli belah 42 kalori/10 min
Saturday, March 19, 2011
Tengok Wayang & Makan Popcorn
Anda gemar menonton wayang? Apa yang selalu anda makan semasa menonton wayang? Mungkin ‘pop-corn’ begitu sinonim dengan menonton wayang. Selain itu minuman berkabonat dan kerepek kentang juga menjadi teman setia bagi kaki wayang.
Sebenarnya tiada kaitan atau pun kemestian untuk kita makan ‘pop-corn’ semasa menonton wayang. Ia cuma sebagai pengisi masa lapang sahaja. Rasanya kita akan lebih fokus kepada tayangan wayang gambar jika tangan dan mulut kita tidak sibuk menguyah makanan. Bagi mengelakkan perut lapar, seeloknya kita makan dahulu sebelum masuk ke pawagam. Dan bawalah bekal air mineral sebagai pengganti air berkabonat.
Selepas menonton pula, elakkan dari singgah untuk makanan segera seperti kentang goreng, burger atau pun piza. Ini semua adalah penyumbang kepada kalori dan berat anda yang berlebihan.
Jangan Gelojoh Makan
Anda gemar makan sambil menonton televisyen atau membaca akhbar? Ramai antara kita selalu makan malam di hadapan televisyen sambil menonton berita. Maklumlah sekarang ini masa amat terhad. Jadi apa salahnya melakukan dua kerja pada satu masa.
Tahukah anda bahawa kita akan makan lebih dari yang sepatutnya apabila kita tidak menumpukan perhatian kepada makanan kita. Ya… kita akan terlebih makan jika tidak fokus pada apa yang kita makan. Mungkin sebab itulah agaknya kebanyakkan restoran gemar menyediakan televisyen dan juga layar gergasi di premis mereka. Mungkin untuk mengalih perhatian dari memberi tumpuan terhadap makanan yang mengadungi minyak dan garam yang berlebihan.
Seeloknya kita makan dengan bertertib dan member perhatian kepada apa yang akan masuk ke dalam badan kita. Berfikir sebelum makan lebih elok dari menyesal selepas makan. Siapa yang harus dipersalahkan jika berat badan kita berterusan naik setiap hari. Salahkan pada televisyen agaknya.
Sebenarnya dari perut ke otak, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit sebelum isyarat kenyang diaktifkan. Sebab itulah orang yang makan dengan laju cenderung untuk makan berlebihan. Isyaratnya lambat sampai. Kita digalakkan untuk makan dengan perlahan, kunyah sehingga lumat baru telan. Ada juga yang menyarankan untuk mengunyah sekurang-kurangnya 40 kali sebelum telan. Sunnah Nabi tu.
Jadi makanlah dengan perlahan agar perut anda mempunyai cukup masa untuk memberi isyarat BERHENTI kepada otak anda.