Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 30, 2011

Dairi Makanan

Ramai antara kita yang mempunyai diari. Tapi berapa ramai antara kita yang mempunyai diari makanan. Apa, makanan pun nak kena ada diari.

Ya, bagi mereka yang serius dalam mengurangkan berat badan anda patut mempunyai diari makanan atau 'food diary'. Kenapa pula perlu ada diari makanan ni?


Sebenarnya ramai antara kita yang tidak sedar kita mengambil kalori yang berlebihan dari sepatutnya. Kita fikirkan bahawa nasi lemak yang kita makan tadi tidak mungkin akan melebihi dari jumlah kalori yang diperlukan. Tapi kita lupa, menjelang makan malam kalori yang diambil sudah jauh melepasi garis selamat.

Apa sahaja yang diambil, makanan atau minumam harus dicatatkan dalam diari makanan. Walaupun makanan ringan yang anda jamah diwaktu rehat. Selepas itu setiap malam jumlahkan kalori yang anda telah ambil untuk hari itu. Buat penilaian sama ada membuat pilihan makanan yang bijak atau tidak.

Hasil dari catatan anda inilah dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak dalam merancang diet anda. Elakkan dari melakukan kesilapan yang sama. Jadi janganlah salahkan sesiapa jika berat anda masih degil ditahap yang sama, kerana anda adalah apa yang anda makan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...