Nuffnang Advertisement

Monday, August 22, 2011

Kenapa Ramai Yang Gagal Dalam Perniagaan

Ramai antara kita yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan. Tidak kiralah perniagaan kecil, besar, konventional mahu pun 'network marketing'. Tetapi ramai juga yang hanya bercita-cita tetapi takut untuk memulakannya. Ramai yang takut gagal dalam perniagaan.

Masakan tidak ramai yang pernah mendengar kata-kata bahawa 9 dari perniagaan baru akan gagal dalam tempoh 2 tahun pertama. Menakutkan bukan.

Penulis dan pakar pelaburan hartanah, Robert T Kiyosaki telah menggariskan sebab-sebab kenapa kita mudah gagal dalam perniagaan:

1. Sistem pendidikan hari ini melatih pelajar untuk menjadi pekerja yang hebat tetapi tidak menggalakkan sifat keusahawanan yang mampu mencipta pekerjaan dan perniagaan.

2. Kemahiran menjadi perkerja yang hebat tidak sama dengan kemahiran keusahawanan.

3. Ramai usahawan tidak berjaya mencipta sistem perniagaan, sebaliknya menjadi hamba kepada perniagaan mereka. Perniagaan tidak berjalan apabila mereka bercuti atau sakit.

4. Ramai pemilik perniagaan terpaksa bekerja lebih masa dan akhirnya tewas kerana keletihan. Segala urusan dan perjalanan perniagaan terpaksa diuruskan sendiri.

5. Ramai yang memulakan perniagaan tanpa pengalaman dan ilmu perniagaan yang cukup. Begitu juga dengan modal yang terhad.

Walau apa pun anda tidak gagal selagi anda bangun semula dan belajar dari kegagalan tersebut. Mereka yang gagal adalah mereka yang terus mendiamkan diri apabila menemui kegagalan.

Jadi penuhkanlah minda anda dengan ilmu perniagaan dan tabah menghadapi segala cabaran. Yang pasti pendapatan dari perniagaan adalah lebih nikmat dari bekerja makan gaji.

Selamat menjadi usahawan.



Wednesday, August 17, 2011

Pay It Forward

"Three big favors to three other people"

Cerita ini diterbitkan pada tahun 2000. Mengisahkan tentang idea seorang kanak-kanak berumur 12 tahun untuk mengubah keadaan di dunia. Ideanya berkisar tentang anda harus menolong 3 orang yang anda tidak kenali. Pertolongan itu haruslah sesuatu yang besar dan bermakna. Orang yang menerima pertolongan itu pula harus melakukan perkara yang sama iaitu membantu 3 orang lain.

Ia seperti satu piramid dimana dari seorang, berkembang kepada 3 orang. Dari 3 orang ini pula akan berkembang kepada 9 orang. Seterusnya 27 orang, 81 orang, 243 orang....

Lama kelamaan kita akan dikelilingi oleh orang yang sentiasa sedia membantu walaupun saling tidak mengenali. Alangkah baiknya jika ia menjadi kenyataan...

Jadi apa kata anda cuba membantu seseorang yang anda tidak kenali hari ini dan lihat bagaimana hasilnya...

Cabaran Buffet & Pasar Ramadhan

Selain dari menahan lapar dan dahaga bulan Ramadhan juga sinonim dengan pesta makanan. Sebut sahajalah apa sahaja jenis makanan pasti boleh didapati dibulan yang mulia ini. Bukan sahaja makanan tempatan malah makanan antarabangsa seperti dari negara-negara Arab dan timur tengah. Jadi godaan untuk makan berlebihan adalah lebih hebat tak kala azan maghrib berkemundang sehinggalah masuk waktu imsak.

Ditambah pula dengan jemputan ke buffet-buffet ramadhan yang bersepah disekitar ibukota. Hotel-hotel dan restoran-restoran sudah awal-awal lagi mempromosikan hidangan buffet ramadhan mereka. Ada yang mempromisikan sehingga 100 jenis hidangan yang bakal disajikan. Larat ke nak makan semua ini?

Bagi yang berbuka dirumah pula godaan ke pasar ramadhan pasti menggamit nafsu untuk membeli berbagai jenis hidangan yang menyelerakan. Ayam percik, roti John, murtabak sudah bagaikan satu kemestian. Kadang-kadang yang dibeli melebihi dari apa yang mampu dimakan ketika berbuka puasa.

Jadi bagaimana ingin mengurangkan berat badan dibulan puasa sedangkan godaan dan cabaran untuk makan berlebihan lebih hebat dari bulan-bulan lain. Ada tak antara kita yang bertambah berat badannya dibulan puasa ini?

Jika anda terpaksa juga dijamu dengan berbagai jenis hidangan semasa berbuka apa kata anda ingat dengan amalan kesederhanaan. Tak salah menjamah sesuatu makanan tapi ambillah dengan kuantiti yang sedikit. Sekadar untuk merasa sahaja. Tahu bila untuk berhenti makan.

Satu lagi kaedah ialah dengan mengambil makanan tambahan fiber dari chitosan. Chitosan ialah sejenis fiber dari sumber laut seperti udang dan ketam. Fiber dari chitosan bersifat ion positif berbanding fiber dari sumber lain yang bersifat negatif atau neutral. Cas positif ini akan lebih mudah menarik lemak dan minyak dalam sistem penghadaman yang bersifat negatif. Jadi lemak dan minyak ini akan kurang diserap dalam badan dan dibuang melalui sistem perkumuhan.

Jadi jika anda bercadang untuk mengurangkan berat badan, apa kata anda amalkan supplement yang mengandungi fiber dari chitosan. Salah satu supplement yang mengandungi chitosan ialah FibreNet dari syarikat Pharmanex.

Saturday, August 13, 2011

Diet Dan Stress

Ada orang akan makan berlebihan apabila stress.

Ada orang akan kurang makan apabila stress.

Tapi ramai orang yang akan stress bila lapar.

Tak percaya, cuba perhatikan lagak pemandu kereta apabila memandu untuk pulang ke rumah setiap petang dibulan puasa. Ramai yang mudah hilang pertimbangan ditambah pula dengan keadaan jalan yang sesak. Ada yang memotong barisan dan ada juga yang memandu laju seperti mengejar untuk ke pasar Ramadhan.

Sebenarnya memang ada kajian yang mengaitkan stress dan perut lapar. Saintis di University of California telah membuktikan bahawa pengambilan gula dan makanan berkabohidrat akan melambatkan proses pengeluaran hormon yang mengawal paras tekanan perasaan atau stress. Patutlah ramai yang hilang kesabaran bila sudah seharian perut kosong.

Bagaimana anda boleh mengawal stress yang berkaitan dengan perut kosong ini?

Theanine adalah jawapannya. Ia banyak terkandung di dalam teh hijau. Perasan tak ramai yang mengatakan mereka mendapat ketenangan dengan meminum teh.

Theanine merangsang otak untuk mengawal tekanan perasan dan fizikal.

Selain dari teh hijau, theanine juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan (supplement).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...