Nuffnang Advertisement

Monday, August 22, 2011

Kenapa Ramai Yang Gagal Dalam Perniagaan

Ramai antara kita yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan. Tidak kiralah perniagaan kecil, besar, konventional mahu pun 'network marketing'. Tetapi ramai juga yang hanya bercita-cita tetapi takut untuk memulakannya. Ramai yang takut gagal dalam perniagaan.

Masakan tidak ramai yang pernah mendengar kata-kata bahawa 9 dari perniagaan baru akan gagal dalam tempoh 2 tahun pertama. Menakutkan bukan.

Penulis dan pakar pelaburan hartanah, Robert T Kiyosaki telah menggariskan sebab-sebab kenapa kita mudah gagal dalam perniagaan:

1. Sistem pendidikan hari ini melatih pelajar untuk menjadi pekerja yang hebat tetapi tidak menggalakkan sifat keusahawanan yang mampu mencipta pekerjaan dan perniagaan.

2. Kemahiran menjadi perkerja yang hebat tidak sama dengan kemahiran keusahawanan.

3. Ramai usahawan tidak berjaya mencipta sistem perniagaan, sebaliknya menjadi hamba kepada perniagaan mereka. Perniagaan tidak berjalan apabila mereka bercuti atau sakit.

4. Ramai pemilik perniagaan terpaksa bekerja lebih masa dan akhirnya tewas kerana keletihan. Segala urusan dan perjalanan perniagaan terpaksa diuruskan sendiri.

5. Ramai yang memulakan perniagaan tanpa pengalaman dan ilmu perniagaan yang cukup. Begitu juga dengan modal yang terhad.

Walau apa pun anda tidak gagal selagi anda bangun semula dan belajar dari kegagalan tersebut. Mereka yang gagal adalah mereka yang terus mendiamkan diri apabila menemui kegagalan.

Jadi penuhkanlah minda anda dengan ilmu perniagaan dan tabah menghadapi segala cabaran. Yang pasti pendapatan dari perniagaan adalah lebih nikmat dari bekerja makan gaji.

Selamat menjadi usahawan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...