"one of two divisions into which some games or performances are divided: the two divisions are separated by an interval"
Nuffnang Advertisement
Sunday, October 30, 2011
10 Cara Kurang Kalori Apabila Makan Di Luar
1. Kecilkan Saiz Hidangan Anda
Biasakan memesan saiz hidangan yang paling kecil. Jangan terpengaruh dengan saiz hidangan yang lebih besar walaupun nisbah harganya lebih murah. Jika anda mengambil nasi, pastikan juga hanya mengisi separuh pinggan sahaja.
2. Perhatikan Cara Masakan Hidangan Anda
Elakkan makanan bergoreng dan terlalu berminyak. Pastikan kuah yang anda ambil tidak terlalu bersantan. Seeloknya pilih jenis masakan seperti rebus, kukus atau panggang.
3. Pilih Sos Yang Sesuai Untuk Salad
Salad sayuran baik untuk kesihatan tetapi kebanyakkan sosnya mengandungi lemak berlebihan seperti sos "Thousand Island" dan mayonis. Apa kata cuba sos yang berasaskan cuka atau lemon dan minyak zaitun.
4. Pilih Lebih Banyak Sayuran
Cuba lebihkan hidangan berasaskan sayuran daripada hidangan berprotein seperti ayam dan daging.
5. "Dessert" atau pencuci mulut
Jangan pilih pencuci mulut seperti ais krim atau bubur kacang. Pastikan hanya buah-buahan segar untuk anda.
6. "Tapau" atau Bungkus
Anda tidak perlu menghabiskan semua hidangan anda sekali gus. Apa kata jika anda makan separuh dan bungkus separuh lagi.
7. Jangan tambah
Berpegang kepada saiz hidangan anda. Jangan sesekali terima tawaran untuk nasi atau lauk tambah walaupun ia diberi percuma.
8. Makanan percuma.
Elakkan ke tempat yang memberi makanan PERCUMA, kerana anda pasti akan makan berlebihan dari yang sepatutnya.
9. Buffet
Seperti juga makanan percuma, anda juga pasti akan makan berlebihan apabila makan secara buffet tetapi lebih teruk kerana ia BERBAYAR.
10. Makan Dahulu Di Rumah
Yang terbaik adalah anda sediakan makanan anda sendiri sesuai dengan diet anda dan elakkan makan di luar. Pastikan anda tidak terpengaruh dengan makanan yang sedap dan enak di luar tetapi mengandungi gula, garam, minyak dan lemak berlebihan.
Labels:
berat badan,
diet,
fiber,
kalori,
kolestrol,
metabolisma,
paras kolestrol,
sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment