Tahukah anda bahawa dalam satu masa dianggarkan bahawa 51juta penduduk dunia sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan. Di Amerika Syarikat sahaja industri ini bernilai hampir USD34billion setahun untuk produk dan program mengurangkan berat badan. Tidak hairanlah kenapa begitu banyak produk dan program pelansingan badan wujud bak cendawan selepas hujan. Tetapi kenapa masih ramai yang gagal untuk mendapat berat dan bentuk badan yang ideal.
Jawapannya ialah DIET YOYO!!!
Ramai yang ingin mengurangkan berat badan dengan cepat, sebab itulah ramai yang memilih produk yang memberi kesan dalam jangka masa yang singkat. Tetapi tahukah mereka bahawa kebanyakkan berat yang kurang adalah dalam bentuk air. Dan ia mudah untuk naik kembali.
Proses pengurangan lemak sebenarnya berlaku dalam jangka masa yang amat perlahan. Program diet sebenarnya bukan memaksa kita berlapar tetapi sebenarnya mengubah cara pemakanan kita. Makanan yang seimbang dan senaman yang kerap akan memberi kita bentuk badan yang ideal untuk jangka panjang. Diet yang baik adalah pengambilan makanan yang kurang lemak dan kolestrol tetapi tinggi kandungan serat dan vitamin.
Senaman yang kerap pula akan membentuk otot yang mana dalam jangka panjang akan membakar segala lemak-lemak yang bersarang dalam badan anda. Amalkan aktiviti senaman sebagai satu dari rutin hidup anda.
Jadi jawapan untuk program pengurangan berat badan yang terbaik ialah dengan MENGUBAH CARA HIDUP ANDA.
No comments:
Post a Comment