Salah satu cara untuk mencapai matlamat untuk mengurangkan berat badan ialah dengan merekodkan apa yang anda makan setiap hari ke dalam Diari Makanan. Ianya akan menjadi rekod dan jurnal dalam anda menempuh perjalanan dan cabaran untuk mencapai matlamat anda.
Berikut adalah 8 sebab kenapa anda perlu ada Diari Makanan:
1. Diari Makanan akan memastikan anda mempunyai rekod pengambilan kalori harian anda. Rekod ini penting kerana anda perlu memastikan jumlah pengambilan kalori harian anda rendah dari kalori yang anda perlukan.
2. Diari Makanan akan membuat anda memberi lebih perhatian terhadap apa yang anda makan setiap hari. Selalunya kita akan makan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa memikirkan jumlah kalori yang diambil. Jadi apabila anda menulis apa yang anda pilih untuk makan pada hari ini, ia akan membuat anda fokus kepada matlamat anda.
3. Diari Makanan adalah rekod untuk anda menilai pilihan makanan anda. Setiap minggu anda sepatutnya membuat penilaian sama ada anda membuat pilihan makanan yang betul atau sebaliknya. Seelok-eloknya rekod ini dikongsi bersama pakar pemakanan anda.
4. Diari Makanan mengawal keinginan makan anda. Anda pastinya berfikir banyak kali sebelum memilih makanan yang kurang sihat kerana anda tahu ia perlu direkodkan selepas ini.
5. Diari Makanan akan memastikan anda berada di landasan yang betul dalam mengejar matlamat anda. Anda pastinya berbangga apabila anda melihat kembali rekod pemakanan anda setelah anda berjaya mendapat berat badan yang sempurna.
6. Diari Makanan membuat anda memilih makanan dengan bijak. Anda pastinya akan kurang mengambil makanan yang tidak sihat jika anda berfikir dahulu sebelum memasukkan sesuatu makanan ke mulut anda.
7. Diari Makanan akan memastikan anda mendapat cukup khasiat dari setiap kumpulan makanan. Anda dapat memastikan jumlah karbohidrat, vitamin dan mineral yang secukupnya dalam setiap hidangan.
8. Diari Makanan sebagai penguat semangat anda untuk mencapai matlamat anda. Setiap kali anda mengemaskini diari makanan anda, pastinya azam dan komitment anda akan bertambah kuat demi mencapai matlamat berat badan yang ideal.
Namun apa yang lebih penting adalah kejujuran anda dalam merekodkan pemakanan anda dan berapa kuat anda inginkan untuk tubuh yang sihat dan berat badan yang sempurna. Hanya anda yang mampu menilai pilihan makanan anda.
Jika anda inginkan sebuah Diari Makanan anda bolehlah hubungi saya di SINI.