- Minum segelas susu panas.
- Elakkan makanan yang terlalu berat untuk makan malam.
- Elakkan makanan yang terlalu pedas.
- Kurangkan pengambilan kopi.
- Kurangkan tekanan perasaan.
- Mandi air suam.
- Pasang muzik yang perlahan dan menyenangkan.
- Sembahyang atau berdoa kepada Tuhan.
- Elakkan senaman yang terlalu berat.
- Amalkan waktu tidur dan bangun yang tetap setiap hari.
- Gunakan kamar tidur hanya untuk tidur dan bukan untuk makan atau menonton TV.
- Pastikan katil, tilam, bantal dan cadar selesa.
- Elakkan kamar tidur yang terlalu terang, panas atau sejuk.
- Kalau setelah 20 minit anda masih belum tidur, bangun dan cuba baca buku.
"one of two divisions into which some games or performances are divided: the two divisions are separated by an interval"
Nuffnang Advertisement
Saturday, June 4, 2011
Tidur Yang Sempurna
Syoknya Tidur
Bestnya kalau dapat tidur lama-lama di hujung minggu ni. Lagi best kalau hujan turun selebat-lebatnya belah pagi. Confirm tarik selimut sampai ke petang. Kan bagus kalau hari-hari boleh macam ni.
Sebenarnya setiap manusia yang sihat hanya memerlukan 6 ke 8 jam tidur sahaja sehari. Jadi kalau anda tidur dari pukul 10 malam, seeloknya anda bangun dalam pukul 6 pagi. Tidur yang sempurna akan memastikan anda bangun dengan segar dan bersedia untuk menghadapi aktiviti harian. Tetapi kenapa masih ada yang merasakan mereka tidak mendapat tidur yang cukup? Tidur adalah aktiviti normal dimana badan kita melakukan proses pemulihan selepas seharian melakukan berbagai aktiviti. Otot dan otak kita juga melalui proses pemulihan untuk memastikan kita bersedia untuk hari esok. Mungkin sebab itulah ubat dan tidur amat sinonim.
Kurang tidur menyebabkan system pertahanan tubuh anda menjadi lemah. Otak kita juga akan menjadi kurang bertindak balas dan mudah melakukan kesilapan. Sebarang kerosakan pada sel-sel badan juga tidak dapat dibaik pulih dengan sempurna.