Nuffnang Advertisement

Thursday, January 27, 2011

Why Second Half...?

Tahun ni umur saya akan meningkat ke angka 35. Lagi 5 tahun nak masuk ke angka 40-an. Setengah orang kata "Life begins at 40". Betul ke? Mungkin ya jugak. Masa ni lah sesetengah orang dah mula stabil dari segi kerjaya, keluarga dan kewangan. So there is another 40 years to go. Insyallah... kalau dipanjangkan umur.

Tak dapat dibayangkan sudah 35 tahun dilalui sejak pertama kali muncul ditahun 1976. Banyak fasa sudah dilalui. Dari zaman persekolahan, universiti dan alam pekerjaan, berbagai pengalaman telah ditempoh. Dari zaman dengar lagu menggunakan kaset sehinggalah zaman muzik digital. Jadi sebahagian dari 'my first half, sudah dilalui. Sekarang masa untuk merancang separuh masa kedua pula.

Mungkin my 1st half tak seberapa hebat dibandingkan dengan orang lain yang berjaya di usia muda. Saya juga mahu menjadi satu ikon yang hebat. Jadi blog ini akan menjadi catatan perjalanan saya untuk 5 tahun akan datang bagi menempuh my 2nd half. Saya percaya pada kata-kata "no matter what happens in 1st half, the most important is how you respond in 2nd half".





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...