Hari Jantung Sedunia mula diraikan pada tahun 2000. Tujuannya adalah untuk menyedarkan setiap insan di dunia bahawa penyakit jantung dan strok adalah pembunuh utama dan telah meragut 17.1 juta orang setiap tahun. Pertubuhan Jantung Sedunia bermatlamat untuk meyebarkan infomasi bahawa penyakit jantung dan strok dapat dielakkan jika langkah awal pencegahan diambil. Sekurang-kurangnya 80% kematian akibatnya penyakit ini dapat dikurangkan.
Antara punca utama penyakit berkaitan jantung ialah penggunaan tembakau, diet yang tidak seimbang dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
Hari Jantung Sedunia disambut setiap tahun pada 29 September.
Sepertimana yang kita tahu jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Saiznya hanyalah sebesar penumbuk tapi kerjanya amatlah berat. Jantung kita juga mudah terdedah kepada kerosakkan. Apabila ia tidak berfungsi dengan baik maka ia disebut sebagai penyakit berkaitan jantung.
Oleh itu kita haruslah sentiasa mengambil perhatian dan menjaga kesihatan jantung kita. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan.
1. Makan makanan yang berkhasiat
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Sekurang-kurangnya 5 hidangan setiap hari. Ia akan memberi sumber vitamin dan mineral yang cukup untuk kegunaan seharian. Jika tidak anda harus mendapatkannya dari makanan tambahan (food supplement).
2.Katakan tidak pada rokok dan alkohol
Nikotin dalam rokok akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Pengambilan alkohol berlebihan pula akan menyebabkan tekakan darah meningkat dan menggalakkan peningkatan berat badan,
3. Pastikan berat badan yang ideal
Kurangkan pengambilan garam untuk memastikan tekanan darah anda sentiasa dalam keadaan normal. Tekanan darah tinggi adalah punca utama untuk mendapat strok.
4. Banyakkan aktiviti fizikal
Senaman selama 30 minit setiap hari dapat mencegah penyakit berkaitan jantung dan strok. Sesibuk mana anda bekerja setiap hari pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk bersenam. Contonhya anda boleh gunakan tangga setiap kali anda naik atau turun dari pejabat anda.
5. Elakkan stress atau tekanan perasaan
Walaupun tekanan perasaan bukan punca utama penyakit berkaitan jantung, namun ia menggalakkan penggunaan tembakau dan alkohol yang berlebihan. Disamping itu tekanan perasaan juga menyebabkan seseorang itu makan berlebihan atau kurang makan.
No comments:
Post a Comment