Nuffnang Advertisement

Wednesday, September 21, 2011

Kranberi (Cranberry) Jus Atasi Masalah Batu Karang

Masalah batu karang ialah sakit disekitar pinggang dan belakang disebabkan oleh kristal yang terhasil di buah pinggang. Biasanya ia mula menjadi sakit bila kristal yang semakin membesar bergerak di salur buah pinggang dan mula menghalang pergerakkan cecair badan. Pesakit akan mula mengalami kesukaran membuang air kecil dan rasa denyut-denyut di sekitar kawasan buah pinggang.

Kristal atau batu ini terhasil dari beberapa jenis bahan kimia seperti kalsium oxalat, kalsium fosfat dan asid uric. Pada mulanya saiznya amat halus dan biasanya akan keluar bersama air kencing. Tetapi bila ia mula membesar (ada yang sebesar bola golf), ia mula memberi masalah. Salur buah pinggang mungkin mula tersumbat dan mengakibatkan jangkitan kuman. 

Biasanya jika batu itu masih kecil dan tidak menyumbat mana-mana salur dalam badan, doktor akan memberi ubat untuk menghancurkan batu tersebut. Batu yang telah pecah kepada bentuk yang lebih halus biasanya akan keluar bersama air kencing. Bagi masalah yang serius beberapa prosedur perubatan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Salah satu cara untuk mengurangkan atau mengelakan sakit batu karang ialah dengan mengamalkan minum jus buah kranberi. Ia merupakan petua untuk memulihkan masalah berkaitan jangkitan pada salur buah pinggang dan saluran kencing. Jus buah kranberi mengandungi bahan anti oksidan yang mampu melawan kuman yang menyerang saluran buah pinggang. Kajian berkaitan bagaimana kranberi baik untuk merawat sakit batu karang boleh didapati dari laman web Science Daily.

Saya juga mengamalkan minum jus kranberi apabila mula ada tanda-tanda sakit pada bahagian pinggang. Setakat ini ianya berkesan pada saya. Namun demikian jus kranberi yang asli amat sukar didapati di Malaysia, melainkan di pasaraya-pasaraya tertentu. Jenama yang biasa saya gunakan ialah Ocean Spray. Biasanya ia mudah didapati di pasaraya Cold Storage.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...