Nuffnang Advertisement

Saturday, February 19, 2011

Graf Penggunaan Active 2


Graf di atas merekodkan hasil dari penggunaan program senaman menggunakan EA Sports Active 2 untuk PS3. Setakat ini sudah 1701 kalori di bakar dengan purata 150 kalori untuk setiap 30 minit senaman. Sekarang siapa kata main PS3 tidak mengeluarkan peluh.

Untuk lebih lanjut boleh melayari http://www.easportsactive.com



10 Makanan Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan

Seperti dalam posting saya sebelum ini, diet bukan bermaksud tidak makan tetapi lebih hati-hati dalam memilih apa yang kita makan. Pilih makanan dengan akal dan bukan nafsu sahaja. Berbagai jenis makanan terutamanya di restoran mengandungi banyak bahan yang mampu menggemukkan dan kurang berkhasiat. Elakkan memilih makanan yang berlemak, berminyak, terlalu masin atau mengadungi pewarna atau perisa tiruan yang berlebihan.

Di bawah disenaraikan 10 jenis makanan yang membolehkan anda membuat pilihan yang lebih bijak (senarai diambil dari laman web ifood.tv)

1. Salad Sayuran atau Buah-buahan
Jika anda berniat untuk mengurangkan berat badan, banyakkan memakan sayur-sayuran. Seeloknya sayuran yang tidak diperlu dimasak. Senang cakap, sayur mentah. Kalau boleh elakkan mayonis atau seangkatan dengannya untuk salad anda. Cuba minyak zaitun.

2. Ayam Panggang
Ayam yang dipanggang mengandungi protein yang tinggi dan kurang lemak. Elakkan bahagian kulit.

3. Sayur Panggang
Selain dari goreng dan rebus, sayur juga boleh dibakar atau dipanggang. Anda boleh mencuba dengan lada benggala, timun jepun, terung, putik jagung, asparagus, bawang besar, timun dan bawang besar.

4. Kekacang
Selain dari daging dan ikan, kekacang juga boleh menjadi sumber protein yang sihat. Ia juga mengandungi zat besi yang tinggi.


5. Limau Gedang (Grapefruits)
Menurut kajian setengah biji buah limau gedang mampu meningkat kadar metabolisma seseorang. Elok diamalkan sebelum makan sarapan pagi. Mungkin susah sikit untuk dapatkan di pasaran, tapi boleh didapati di pasaraya seperti Cold Storage.



6. Buah Tembikai
Buah ini senang didapati dipasaran. Apa yang menarik ialah buah tembikai sebenarnya mengandungi air yang banyak. Jadi anda tidak perlu risau untuk makan sebanyak mana pun yang termampu.

7. Teh Hijau
Mengandungi bahan aktioksidan yang tinggi dan mampu untuk memecahkan lemak. Minum tanpa gula. Anda boleh menambahkan jus lemon untuk menambah perisa.

8. Ikan
Mengandungi sumber protein yang tinggi dan kurang lemak. Yang penting isi ikan mengandungi omega 3 yang bagus untuk pertumbuhan.

9. Putih Telur
Juga mengandungi sumber protein yang tinggi dan kurang lemak.

10. Minuman Kalori Rendah
Pilih minuman yang kurang bergula dan pewarna tiruan. Seeloknya minum air kosong.


Wednesday, February 16, 2011

Formula Diet 3333

Diet bukan bermaksud tidak makan langsung atau menahan diri dari makan setiap kali tiba waktu makan. Ada yang beranggapan dengan mengabaikan waktu makan seseorang itu mampu mengurangkan berat badan. Diet sebenarnya ialah makan dengan berhemah dan menggunakan fikiran sebelum memilih jumlah dan jenis makanan.

Ambil makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai. Jangan mengambil saiz hidangan yang terlalu besar. Pilih lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan dari segi saiz hidangan, anda boleh mengamalkan formula diet 3333. Formula ini digunakan untuk 3 waktu makana utama dalam sehari iaitu sarapan, makan tengahari & makan malam.

1. 3 hidangan bersaiz tapak tangan.
Makan 3 hidangan bersaiz tapak tangan sayur-sayuran dan buah-buahan.


2. 3 hidangan bersaiz separuh genggaman.
Makan 3 hidangan bersaiz separuh genggaman makanan berkabohidrat seperti 'cereal', nasi atau roti.


3. 3 saiz hidangan sebesar genggaman.
Makan 3 hidangan bersaiz satu gengaman sumber protein seperti ikan, ayam atau produk soya.


4. Simbol OK
Kurangkan lemak dan makanan berminyak.

Jadi, sebelum makan gunakan akal dan bukan nafsu.

Wholemeal Bread dan Tuna

Wholemeal Bread & Tuna


Bahan-bahan yang diperlukan:
2 keping roti wholemeal
Sedikit daun salad
2 sudu tuna (chunk)
4 hirisan tomato
Sedikit cili sos & mustard untuk perasa.

Cadangan Menu Makan Tengahari Untuk Diet

Berikut adalah cadangan beberapa menu untuk makan tengahari. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk memperbagaikan lagi menu makan tengahari yang sihat.

ISNIN
1/2 pinggan nasi
Sekeping ikan bakar
Ulam-ulaman dan sambal
SELASA
1 mangkuk bihun sup (dengan ayam/bebola ikan & sayur-sayuran)

RABU
1/2 pinggan nasi
1 ketul ayam panggang
Sayur-sayuran

KHAMIS
5 ketul Yong Tau Foo
Sayur-sayuran

JUMAAT
1 mangkuk Wanton Mee (dengan ayam/bebola ikan & sayur-sayuran)

SABTU
1 set Kenny Rogers Quarter Meal (1/4 ayam & salad)

AHAD
1 pinggan Spaghetti
1 mangkuk Fresh Garden Salad

Cadangan Menu Sarapan Pagi Untuk Diet
Cadangan Menu Makan Malam Untuk Diet




Sunday, February 13, 2011

Cili Boleh Mengurangkan Kalori.

Ini berita bagus untuk orang Asia yang suka makan makanan pedas dan berempah. Kandungan cili iaitu "capsaicin" mampu mengurangkan penyerapan kolestrol dan meningkatkan enzim yang menukar lemak badan. Capsaicin ini terkandung dalam semua jenis lada seperti cili api, cili merah, cili padi dan lada benggala (capsicum).

Ada pendapat mengatakan capsaicin mampu meningkatkan hingga 50% kadar metabolisma sehingga 3 jam selepas makan. Lagi pedas anda makan lebih banyak capsaicin yang anda dapat.

Jadi selepas ini jangan lupa mengambil sambal belacan untuk setiap kali makan.

Kafein Boleh Mengurangkan Kalori?


Kafein juga dapat membantu anda mengurangkan kalori. Wah... bagus ni untuk penggemar kopi tapi takut berat badan akan meningkat.

Sebenarnya kandungan kafein dalam biji kopi merupakan agen perangsang untuk metabolisma badan. Ia akan meningkatkan kadar metabolisma yang kemudiannya akan membakar lebih kalori. Ada fakta mengatakan pengambilan 2 gelas kopi sehari mampu membakar hingga 50 kalori. Tapi nanti dulu, elakkan kopi yang bersusu dan gula berlebihan. Seeloknya kopi O kaw tanpa gula. Sanggupkah anda?

Selain itu anda juga boleh menambah ais batu ke dalam kopi anda kerana ais juga membantu membakar lebih kalori.

Ais Boleh Mengurangkan Kalori?

Ada pendapat mengatakan kita akan membakar lebih kalori apabila meminum minuman sejuk dan berais. Betul ke?

Teorinya adalah badan kita akan membakar lebih kalori apabila suhu badan rendah. Kalori dibakar untuk meningkatkan haba dalam badan lalu meningkatkan kembali suhu badan kita. Apabila kita meminum minuman sejuk badan akan cuba untuk menaikkan suhu air tersebut supaya sama dengan suhu normal badan.

Tapi tidak lah banyak benar kalori yang dibakar. Anggaran dalam 10 kalori sehari untuk 5 ke 6 gelas ais kosong.

Jadi jangan lupa untuk menambahkan beberapa ketul ais ke dalam air minuman anda.


Monday, February 7, 2011

Cadangan Menu Sarapan Pagi Untuk Diet

Berikut adalah cadangan beberapa menu untuk sarapan. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk memperbagaikan lagi menu sarapan yang sihat.

ISNIN
2 sudu besar kacang panggang (baked bean)
1 biji telur rebus
5 hirisan tomato
1 keping roti 'wholemeal'

SELASA
3 sudu besar oatmeal
1 gelas susu rendah lemak
1 biji epal

RABU
2 keping roti 'wholemeal'
2 potong timun
2 potong tomato
2 sudu tuna

KHAMIS
2 sudu besar kacang panggang (baked bean)
2 koktel sosej
5 hirisan tomato
1 roti 'wholemeal'

JUMAAT
3 sudu besar emping jagung (corn flakes)
1 gelas susu rendah lemak
1 biji epal

SABTU
2 keping roti 'wholemeal'
1 biji telur separuh masak
2 potong timun

AHAD
1 keping thosai
1/2 mangkuk kuah kacang dhal

atau

sebungkus nasi lemak biasa.


Cadangan Menu Makan Tengahari Untuk Diet
Cadangan Menu Makan Malam Untuk Diet


Saturday, February 5, 2011

Sarapan Pagi Yang Sihat..

Nasi lemak memang sinonim dengan sarapan pagi utama rakyat Malaysia. Ada nasi lemak bungkus dan ada nasi lemak berlauk. Kalau nasi lemak standard biasa harganya adalah RM1. Kalau berlauk harganya bergantung kepada lauk apa yang anda pilih. Sekitar RM3 ke RM5.

Rakyat Malaysia bukan sahaja makan nasi lemak untuk sarapan, malah untuk makan tengahari dan juga malam. Kadang kala sehingga subuh pun masih ada orang berniaga nasi lemak.

Tapi tahukah anda bahawa satu hidangan nasi lemak (230gm nasi sahaja) mengandungi lebih kurang 400 kalori. Wow, banyaknya. Satu sesi senaman 30 minit baru membakar lebih kurang 100 kalori. 2 jam senaman baru burn semua kalori nasi lemak tadi.

Selain itu sarapan utama rakyat Malaysia lain yang tidak kurang hebatnya ialah roti canai. Satu keping roti canai (135 gm roti sahaja) memberi anda lebih kurang 300 kalori. Wow, lagi satu jam setengah senaman untuk burn kalori roti canai.

Jadi apa pilihan yang kita ada untuk sarapan yang sihat?

Satu pilihan yang mungkin sesuai ialah sandwich roti 'wholemeal', salad dan tuna. Mungkin kena korban masa sikit untuk membuatnya. Tapi berbaloi kalau dibandingkan jumlah kalori dalam sarapan popular yang lain.

Tapi kalau dah malas sangat tuang je 'corn flakes' campur susu rendah lemak,


Friday, February 4, 2011

Alamak, Berat Dah Naik..

Alamak, macam mana berat boleh naik macam sekarang ni. Dulu masa study tak de la seberat sekarang ni. Lepas kawin badan dah macam di pam-pam. Spare tayar dah lebih dari satu ni.

Sebenarnya senang je jawapannya. Jumlah kalori yang saya ambil dah terlebih dari badan saya perlukan. Kadar pembakaran kalori pun dah berkurang sejak tak exercise. Bila umur meningkat metabolisma pun menurun. Enjin membakar dah tak se efisen dulu.

Bila jumlah kalori berlebihan dari yang diperlukan, badan akan menyimpan bahan bakar yang berlebihan itu sebagai lemak. Makin banyak lemak disimpan makin beratlah badan kita. Berat lemak, bukan otot.


RAHSIA petua menurunkan berat badan: Kita haruslah mengurangkan jumlah kalori yang di ambil dan membakar lebih kalori dengan melakukan aktiviti senaman.Bila kalori kurang, badan akan menukar simpanan lemak sebagai bahan bakar. Lama-kelamaan, lemak akan berkurang dan berat akan menurun.

*Menonton TV selama satu jam hanya membakar 40 kalori.. Patutlah kalori saya sentiasa bertambah.


Thursday, February 3, 2011

Setelah Umur Mencecah 30 Tahun

Saya di lahirkan pada tahun 1976. Tahun yang sama filem Rocky dan The Omen ditayangkan di pawagam. Kapal terbang super sonic, Concorde juga melakukan penerbangan sulong dari New York ke Eropah. Pusingan akhir piala FA England 1976 juga menobatkan Southampton selaku juara selepas menewaskan Manchester United dengan 1-0.

Pada kawan-kawan yang lahir pada tahun 1976, maka genaplah umur kita 30 tahun pada 2006. Tak sangka sudah 30 tahun kita berada di dunia ini. Tahun ini umur kita 35 tahun. Lagi 5 tahun kita akan menjengah umur 40 tahun pula. Insyallah jika diizinkan tuhan.

Pada usia sebegini macam-macam penyakit sudah mula menampakkan diri. Badan kita sudah tidak sehebat di zaman muda remaja. Oleh itu eloklah kita mula mengambil langkah berjaga-jaga. Antara gejala yang mula timbul ialah:

  • Sistem pertahanan badan mula lemah
  • Otot yang sasa mula kendur
  • Lemak mula berumah tangga di perut, peha dan pinggul.
  • Daya ingatan mula berkurangan.
  • Perlu lebih rehat setelah melakukan aktiviti fizikal.
  • Kadar metabolisma mula menurun.
  • Berat lebih mudah naik dari turun.

Jadi sudahkah kita bersedia untuk menghadapi usia 40-an pula?


Tuesday, February 1, 2011

Body Mass Index (BMI)


'Body Mass Index' atau BMI dalam bahasa Malaysia ialah Indeks Jisim Badan. BMI ialah formula untuk mendapatkan peratusan lemak badan berdasarkan berat dan tinggi.

BMI saya pada hari ini 1hb Februari 2011 ialah 28kg/m2 atau kategori 'overweight'. Sepatutnya berat badan saya yang sesuai adalah antara 54kg ke 71kg. BMI normal adalah antara 18.5 ke 24.9. Jadi matlamat saya adalah untuk mengurangkan berat badan ke paras 70kg dalam masa 3 bulan. Anda juga boleh mendapatkan BMI anda di:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...