Dizaman moden yang serba pantas ini, kita tidak dapat lari dari menikmati makanan segera. Ianya mudah, pantas dan ada di mana-mana. Dengan berbagai promosi dan tawaran, kita kadang kala tidak dapat lari dari terjebak ke tarikan pemasaran restoran ini.
Selalunya makanan segera ini tinggi kandungan lemak, sodium dan gula. Ini adalah penyebab utama kegemukkan dan masalah kesihatan lain.
Namun demikian jika anda berhajat untuk mengurangkan berat badan, abnda masih boleh menikmati makanan segera ini. Yang penting anda harus menggunakan akal dan pengetahuan anda sebelum memilih hidangan anda.
Dibawah adalah beberapa panduan 'survival' untuk anda membuat pilihan bijak:
1. Restoran burger
a) Pilih burger dengan sekeping daging sahaja.
b) Elakkan makanan yang digoreng seperti nugget ayam.
c) Elakkan sebarang 'cheese'.
d) Kurangkan sos mayonis
e) Elakkan sebarang 'milk shake'
2. Restoran ayam goreng
a) Kalau boleh elakkan makan ayam goreng.
b) Hanya makan isinya dan bukan kulit.
c) Pilih kentang putar tanpa kuahnya.
3. Restoran pizza
a) Pilih 'thin crust'
b) Kurangkan 'cheese' dan lebihkan sayuran.
c) Elakkan pasta berkuahkan keju.
d) Pilih salad sayuran segar dan elakkan sos mayonis atau '1000 Island'.
4) Restoran 'sandwich'
a) Elakkan roti 'foot long', hanya 6" sudah mencukupi.
b) Kurangkan keju, lebihkan sayuran.
c) Elakkan sos yang berlemak.
d) Kurangkan daging.
Jadi gunakan akal dalam memilih makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan matlamat mengurangkan berat badan anda.
No comments:
Post a Comment