Kebanyakkan kita mengeluh kerana tidak mempunyai masa untuk senaman. Katanya bebanan kerja menghalang mereka dari meluangkan masa untuk bersenam. Arghhh, itu semua alasan. Senaman tidak semestinya dilakukan di taman awam atau gimnasium. Ketika di pejabat juga anda boleh melakukan aktiviti fizikal yang membantu membakar kalori. Sekurang-kurangnya ia membantu membakar kalori dari nasi lemak yang anda makan ketika sarapan tadi.
Ada antara kita terlalu dimanjakan dengan kemudahan lif dan enggan menggunakan tangga. Untuk naik setingkat ke atas pun mereka sanggup menunggu lif. Kononnya takut berpeluh, tapi mereka jugalah yang mengeluh bila berat badan meningkat.
Menaiki tangga dengan cepat dapat meningkatkan kadar denyutan nadi anda dan mampu membakar sehingga 8 kalori seminit. Sekali ganda lebih dari berjalan biasa. Jadi sekiranya anda berasa mengantuk selepas makan tengahari apa kata anda naik 2 ke 3 tingkat dengan menggunakan tangga.
No comments:
Post a Comment