Nuffnang Advertisement

Thursday, November 22, 2012

Tidur Yang Sempurna


Tidur yang cukup amat perlu untuk kekal muda dan sihat. Kebanyakkan proses pemulihan sel dan otot berlaku semasa anda tidur. Namun demikian ramai antara orang dewasa yang tidak mendapat tidur yang cukup. 30% pula mengidap imsomnia atau penyakit sukar untuk tidur. 

PETUA TIDUR YANG  SEMPURNA

1) Pastikan tilam yang anda gunakan sesuai dengan tubuh badan. Ada yang sukakan tilam yang keras dan ada yang sukakan tilam yang lembut. Cubalah beberapa jenis tilam yang ada dipasaran dan pilih yang sesuai dengan diri anda.

2) Amalkan kebiasaan waktu tidur setiap hari. Badan anda akan lebih mudah untuk tidur apabila tiba masanya.

3) Elakkan menggunakan bilik tidur untuk tujuan lain seperti menonton televisyen atau membuat kerja. Tinggalkan hal-hal serius yang lain sebaik sahaja anda masuk ke bilik tidur.

4) Pastikan bilik tidur anda sejuk dan gelap. Elakkan menggunakan cat warna yang terang.

5) Elakkan bersenam 2 atau 3 jam sebelum tidur.

6) Elakkan gula berlebihan dan kafeine sebelum tidur.

7) Jika anda masih sukar untuk tidur bangun dan cuba ke bilik lain untuk membaca atau menonton televisyen sebentar.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Monday, November 19, 2012

Tua Sebelum Waktunya


Ramai antara kita mungkin tidak percaya, tetapi jangka hayat manusia ialah 120 tahun. Ya, betul 120 tahun. Tetapi kenapa jangka hayat ini menurun kepada antara 60 hingga 70 tahun sahaja? Kajian terbaru juga mendapati bahawa purata jangka hayat lelaki ialah 70 tahun dan wanita ialah 75 tahun. Mengapa ini semua terjadi?

Kini diusia emas ini kebanyakkan orang dihantui dengan berbagai penyakit, masalah kesihatan dan penurunan keseluruhan kemampuan diri. Hospital dan ubat-ubatan mula menjadi teman hidup. Ada juga yang mula memerlukan berbagai peralatan bantuan hidup seperti kerusi roda.

Tetapi anda juga mampu untuk meningkatkan jangka hayat anda jika anda memahami proses penuaan dan bagaimana tubuh badan membaik pulih diri anda. Kita sebenarnya mampu untuk hidup sihat lebih lama dan bertenaga.


PEMULIHAN

Pemulihan tubuh badan ialah mekanisma yang membaik pulih sel, tisu dan organ supaya ia berfungsi dengan sempurna. Ia bertindak membaik pulih dan mengganti sel-sel yang telah rosak.

Diusia remaja mekanisma pemulihan ini berfungsi dengan tahap yang paling efisen. Kita mampu makan berbagai jenis makanan, tidur yang kurang dan melakukan berbagai aktiviti fizikal. Proses pemulihan berlaku dengan efisen dan cepat. Namun demikian apabila kita semakin berusia proses ini semakin perlahan dan memerlukan lebih banyak masa untuk bertindak. Kita menjadi lebih mudah lupa, lambat pulih dari kecederaan, cepat keletihan dan kelihatan berumur.

Tanda-tanda penuaan seperti rambut beruban dan kulit berkedut mula kelihatan. Tanda-tanda penyakit kronik seperti darah tinggi, lemah jantung dan kecing manis mula menunjukkan tanda awal.


TUA SEBELUM WAKTUNYA

Tidak dapat tidak, semua orang akan meningkat usianya. Tetapi kebanyakkan kita membiarkan tubuh badan kita lebih cepat tua dari yang sepatutnya. Faktor luar seperti pencemaran, kurang bersenam, stres dan makanan yang kurang berkhasiat mempercepatkan penuaan tubuh badan.

Untuk mencegah proses penuaan yang terlalu awal kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup kita seperti bersenam dan pemakanan sihat. Aktiviti yang kurang sihat seperti merokok juga harus dihentikan serta-merta.

Lebih cepat anda bertindak untuk berubah lebih tinggi peluang anda untuk memperlambatkan proses penuaan dan meningkatkan proses pemulihan.

Wednesday, November 14, 2012

Masak Makanan Anda Sendiri


Memasak makan anda sendiri membolehkan anda mengawal apa yang akan anda makan. Anda yang menentukan berapa banyak minyak dan garam yang digunakan. Anda yang menentukan sama ada akan menggoreng atau mengkukus makanan anda.

Apabila ada masa terluang cubalah memasak sendiri dan elakkan membeli makanan diluar. Memasak sekarang jauh lebih mudah dengan berbagai peralatan canggih dan terkini. Memasak makanan sihat juga tidak memerlukan penyedian bahan yang remeh atau mengambil masa yang lama.

Anda tidak tahu resipi? Jangan jadikan ia alasan. Sekarang ini anda cuma perlukan talian internet sahaja dan segala jenis resipi makanan berada dihujung skrin iPad anda sahaja.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Monday, November 12, 2012

Kenapa Second Half?

Second Half ialah perkataan Inggeris untuk separuh masa kedua. Ia juga nama yang saya pilih untuk blog saya. Nama itu dipilih bagi menggambarkan kehidupan yang bakal bermula di separuh masa kedua. Maksud saya kehidupan selepas umur 40 tahun. Ramai yang berpegang kepada prinsip kehidupan bermula selepas umur 40. 


Di umur 40 tahun saya andaikan kebanyakkan kita sudah berjaya, berkarier dan bekeluarga. Namun demikian ada juga yang masih belum mencapai apa-apa lagi. Jadi seeloknya kita semua melakukan sesuatu untuk memastikan keputusan akhir yang berjaya. 

Di usia 40 juga ramai antara kita yang mulai merosot kesihatannya. Fizikal sudah tidak lagi seperti diusia 20-an. Berbagai penyakit mula menyerang sistem pertahanan tubuh kita. Jadi untuk menghadapi usia 40-an, kita juga harus melakukan sesuatu untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita. Adakah anda berfikir untuk bertahan sahaja untuk separuh masa kedua? Lambat laun pasti bolos juga.

Jika anda andaikan kehidupan ini seperti permainan bola sepak, apa sahaja keputusan diseparuh masa pertama sebenarnya tidak ada makna jika anda gagal diseparuh masa kedua. Anda boleh mendahului 1-0 atau 2-0 tapi apa ertinya jika diseparuh masa kedua anda bolos 3 gol. Atau pun disaat akhir permainan anda tewas kerana jaringan diminit 90+4. 

Semalam (11/11/12) pasukan hoki negara kita juga ketinggalan 2-0 kepada Jerman di kejohanan Piala Sultan Johor 2012. Namun demikian mereka juga bangkit diseparuh masa kedua dengan menjaringkan 3 gol dan akhirnya menang dengan keputusan 3-2.

Sehari sebelum itu (10/11/12) pasukan Manchester United juga ketinggalan 2 gol kepada Aston Villa. Namun seperti biasa mereka bangkit diseparuh masa kedua dengan menjaringkan 3 gol. Keputusan akhir Aston Villa 2 - Manchester United 3.



Jadi sebenarnya anda masih lagi ada separuh masa untuk melakukan perubahan untuk mencapai keputusan akhir yang cemerlang. Baik dari segi karier atau pun kesihatan. Apa yang perlu dilakukan ialah melakukan perubahan bermula dari sekarang.

Berjalan Pantas


Jika anda kurang masa untuk bersenam, apa kata anda berjalan lebih pantas dari biasa. Teruskan rutin kebiasaan anda seperti berjalan ke tempat kerja, berjalan di pasaraya, berjalan di taman bunga atau berjalan turun naik tangga. Tapi kali ini lakukannya dengan lebih pantas.

Kebaikkannya anda dapat meningkatkan kadar pembakaran kalori dua kali lebih dari biasa. Dan anda dapat tiba lebih awal dari biasa. Sekarang anda juga sudah mempunyai masa tambahan untuk melakukan aktiviti fizikal yang lain.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...