Tidur yang cukup amat perlu untuk kekal muda dan sihat. Kebanyakkan proses pemulihan sel dan otot berlaku semasa anda tidur. Namun demikian ramai antara orang dewasa yang tidak mendapat tidur yang cukup. 30% pula mengidap imsomnia atau penyakit sukar untuk tidur.
PETUA TIDUR YANG SEMPURNA
1) Pastikan tilam yang anda gunakan sesuai dengan tubuh badan. Ada yang sukakan tilam yang keras dan ada yang sukakan tilam yang lembut. Cubalah beberapa jenis tilam yang ada dipasaran dan pilih yang sesuai dengan diri anda.
2) Amalkan kebiasaan waktu tidur setiap hari. Badan anda akan lebih mudah untuk tidur apabila tiba masanya.
3) Elakkan menggunakan bilik tidur untuk tujuan lain seperti menonton televisyen atau membuat kerja. Tinggalkan hal-hal serius yang lain sebaik sahaja anda masuk ke bilik tidur.
4) Pastikan bilik tidur anda sejuk dan gelap. Elakkan menggunakan cat warna yang terang.
5) Elakkan bersenam 2 atau 3 jam sebelum tidur.
6) Elakkan gula berlebihan dan kafeine sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment