Nuffnang Advertisement

Monday, November 12, 2012

Kenapa Second Half?

Second Half ialah perkataan Inggeris untuk separuh masa kedua. Ia juga nama yang saya pilih untuk blog saya. Nama itu dipilih bagi menggambarkan kehidupan yang bakal bermula di separuh masa kedua. Maksud saya kehidupan selepas umur 40 tahun. Ramai yang berpegang kepada prinsip kehidupan bermula selepas umur 40. 


Di umur 40 tahun saya andaikan kebanyakkan kita sudah berjaya, berkarier dan bekeluarga. Namun demikian ada juga yang masih belum mencapai apa-apa lagi. Jadi seeloknya kita semua melakukan sesuatu untuk memastikan keputusan akhir yang berjaya. 

Di usia 40 juga ramai antara kita yang mulai merosot kesihatannya. Fizikal sudah tidak lagi seperti diusia 20-an. Berbagai penyakit mula menyerang sistem pertahanan tubuh kita. Jadi untuk menghadapi usia 40-an, kita juga harus melakukan sesuatu untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita. Adakah anda berfikir untuk bertahan sahaja untuk separuh masa kedua? Lambat laun pasti bolos juga.

Jika anda andaikan kehidupan ini seperti permainan bola sepak, apa sahaja keputusan diseparuh masa pertama sebenarnya tidak ada makna jika anda gagal diseparuh masa kedua. Anda boleh mendahului 1-0 atau 2-0 tapi apa ertinya jika diseparuh masa kedua anda bolos 3 gol. Atau pun disaat akhir permainan anda tewas kerana jaringan diminit 90+4. 

Semalam (11/11/12) pasukan hoki negara kita juga ketinggalan 2-0 kepada Jerman di kejohanan Piala Sultan Johor 2012. Namun demikian mereka juga bangkit diseparuh masa kedua dengan menjaringkan 3 gol dan akhirnya menang dengan keputusan 3-2.

Sehari sebelum itu (10/11/12) pasukan Manchester United juga ketinggalan 2 gol kepada Aston Villa. Namun seperti biasa mereka bangkit diseparuh masa kedua dengan menjaringkan 3 gol. Keputusan akhir Aston Villa 2 - Manchester United 3.



Jadi sebenarnya anda masih lagi ada separuh masa untuk melakukan perubahan untuk mencapai keputusan akhir yang cemerlang. Baik dari segi karier atau pun kesihatan. Apa yang perlu dilakukan ialah melakukan perubahan bermula dari sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...