Nuffnang Advertisement

Monday, November 19, 2012

Tua Sebelum Waktunya


Ramai antara kita mungkin tidak percaya, tetapi jangka hayat manusia ialah 120 tahun. Ya, betul 120 tahun. Tetapi kenapa jangka hayat ini menurun kepada antara 60 hingga 70 tahun sahaja? Kajian terbaru juga mendapati bahawa purata jangka hayat lelaki ialah 70 tahun dan wanita ialah 75 tahun. Mengapa ini semua terjadi?

Kini diusia emas ini kebanyakkan orang dihantui dengan berbagai penyakit, masalah kesihatan dan penurunan keseluruhan kemampuan diri. Hospital dan ubat-ubatan mula menjadi teman hidup. Ada juga yang mula memerlukan berbagai peralatan bantuan hidup seperti kerusi roda.

Tetapi anda juga mampu untuk meningkatkan jangka hayat anda jika anda memahami proses penuaan dan bagaimana tubuh badan membaik pulih diri anda. Kita sebenarnya mampu untuk hidup sihat lebih lama dan bertenaga.


PEMULIHAN

Pemulihan tubuh badan ialah mekanisma yang membaik pulih sel, tisu dan organ supaya ia berfungsi dengan sempurna. Ia bertindak membaik pulih dan mengganti sel-sel yang telah rosak.

Diusia remaja mekanisma pemulihan ini berfungsi dengan tahap yang paling efisen. Kita mampu makan berbagai jenis makanan, tidur yang kurang dan melakukan berbagai aktiviti fizikal. Proses pemulihan berlaku dengan efisen dan cepat. Namun demikian apabila kita semakin berusia proses ini semakin perlahan dan memerlukan lebih banyak masa untuk bertindak. Kita menjadi lebih mudah lupa, lambat pulih dari kecederaan, cepat keletihan dan kelihatan berumur.

Tanda-tanda penuaan seperti rambut beruban dan kulit berkedut mula kelihatan. Tanda-tanda penyakit kronik seperti darah tinggi, lemah jantung dan kecing manis mula menunjukkan tanda awal.


TUA SEBELUM WAKTUNYA

Tidak dapat tidak, semua orang akan meningkat usianya. Tetapi kebanyakkan kita membiarkan tubuh badan kita lebih cepat tua dari yang sepatutnya. Faktor luar seperti pencemaran, kurang bersenam, stres dan makanan yang kurang berkhasiat mempercepatkan penuaan tubuh badan.

Untuk mencegah proses penuaan yang terlalu awal kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup kita seperti bersenam dan pemakanan sihat. Aktiviti yang kurang sihat seperti merokok juga harus dihentikan serta-merta.

Lebih cepat anda bertindak untuk berubah lebih tinggi peluang anda untuk memperlambatkan proses penuaan dan meningkatkan proses pemulihan.

1 comment:

  1. Best Slots for you to win today - DrmCD
    A free demo slot machines without 평택 출장안마 download or registration will 파주 출장샵 안동 출장안마 with some of 익산 출장샵 the best casino games. slot machine no deposit. 1x best slot machine 영천 출장안마

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...