Nuffnang Advertisement

Sunday, January 30, 2011

Keperluan Air Harian

Saya rasa semua orang tahu bahawa badan kita memerlukan 8 ke 12 gelas air sehari. Air disini bermaksud air kosong, bukan teh tarik, kopi, sirap dan sebagainya. Air diperlukan untuk menstabilkan suhu badan, mengangkut nutrisi dan mengeluarkan bahan kotoran dari badan. Air juga penting untuk mengganti air yang keluar hasil dari badan yang berpeluh.

Tapi adakah kita betul-betul meminum 8 gelas air sehari? Saya rasa saya tidak... mungkin 4 gelas sahaja. Selebihnya ialah air teh, 'Coke' dan teh tarik. Jadi macam mana nak pastikan kita mendapat air secukupnya?

Mungkin buat permulaan kita bolehlah membuat catatan dalam buku nota kecil setiap kali kita minum air. Pastikan kita sentiasa mematuhi matlamat untuk mendapatkan air secukupnya. Bagi yang menggunakan iPhone mungkin boleh memuat turun beberapa 'apps' yang khusus untuk memastikan matlamat 8 gelas air sehari tercapai.

Saturday, January 29, 2011

Got my Active 2...


The Blu-Ray Disk & User Manual

The box consists of PS3 Active 2 disk, 2 motion sensor, 1 heart beat sensor, USB dongle receiver, resistance band & 6 AAA battery.

I got my EA Sports Active 2 last week. So far I have completed 3 sessions of exercise using it. Total about 100 calories burn on each session. Need to improve more.

So far the program has been set to 4 sessions per week. Each sessions consists of about 22 routines. Starting from warm up, stretching, physical activity and cool down exercise.

Friday, January 28, 2011

Pernah Dengar EASport Active 2

David Beckham

Venus William

Alat senaman zaman moden. Sesuai untuk 'gamers' PS3. Ada jugak versi XBOX & Wii.




Keahlian Gym - perlu ke?


2 minggu lepas ada seorang 'sales agent' dari True Fitness yang menghubungi saya untuk menyertai keahlian gym mereka. Maka saya pun bersetuju untuk menghadirkan diri ke True Fitness Giza Kota Damansara untuk mendapatkan lebih maklumat. Tujuan saya hanyalah untuk mendapatkan info sebelum membuat sebarang keputusan. Tapi biasalah, bila dah jumpa 'sales agent' ni beria-ialah dia nak saya membeli keahlian gym ni.

Yang kelakarnya, dia bukak gelanggang dengan package RM165 sebulan untuk 24 bulan. Ada 'membership fee' dalam RM600 kalau tak silap. Tapi dia offer untuk bagi 50% discount. So hari tu cuma bayar RM300 + yuran bulanan RM165. Bila saya buat degil tak nak 'sign up' hari tu, dia boleh offer nak 'waived' membership fee tu. Cuma bayar 'monthly' je. Saya masih lagi bertahan. Kali ni dia 'offer' pulak RM135 sebulan untuk 24 bulan. Katanya dia boleh daftarkan saya dibawah pakej pelajar.... hahhahh... nampak sangat yuran bulanan tu sebenarnya tak tetap. Boleh turun naik suka hati dia aje. Akhirnya saya cabut dari situ dan mendapat ilmu 'sales' yang baru...



Thursday, January 27, 2011

Why Second Half...?

Tahun ni umur saya akan meningkat ke angka 35. Lagi 5 tahun nak masuk ke angka 40-an. Setengah orang kata "Life begins at 40". Betul ke? Mungkin ya jugak. Masa ni lah sesetengah orang dah mula stabil dari segi kerjaya, keluarga dan kewangan. So there is another 40 years to go. Insyallah... kalau dipanjangkan umur.

Tak dapat dibayangkan sudah 35 tahun dilalui sejak pertama kali muncul ditahun 1976. Banyak fasa sudah dilalui. Dari zaman persekolahan, universiti dan alam pekerjaan, berbagai pengalaman telah ditempoh. Dari zaman dengar lagu menggunakan kaset sehinggalah zaman muzik digital. Jadi sebahagian dari 'my first half, sudah dilalui. Sekarang masa untuk merancang separuh masa kedua pula.

Mungkin my 1st half tak seberapa hebat dibandingkan dengan orang lain yang berjaya di usia muda. Saya juga mahu menjadi satu ikon yang hebat. Jadi blog ini akan menjadi catatan perjalanan saya untuk 5 tahun akan datang bagi menempuh my 2nd half. Saya percaya pada kata-kata "no matter what happens in 1st half, the most important is how you respond in 2nd half".





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...