Nuffnang Advertisement

Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Minum Lebih Air (Jika Anda Serius Berdiet)


Minum air kosong dan bukan kopi, teh atau milo. Jangan sesekali ambil minuman berkarbonat atau ice blended. Standard air kosong yang perlu diambil sehari ialah 8 gelas atau lebih kurang 2 liter. Dan percayalah, minum banyak air kosong membantu anda mengurangkan berat badan.

Air membantu meningkatkan kadar metabolisma yang akan membakar lebih kalori. Ia juga membantu buah pinggang menyingkirkan bahan yang tidak perlu semasa anda berusaha menurunkan berat badan.

Air kosong juga menyebabkan anda cepat berasa kenyang. Jadi apabila anda terasa untuk mengambil coklat atau donat, apakata anda minum segelas air kosong dahulu. Dan fikirkan kembali adakah perlu anda memenuhi nafsu makan anda ketika itu.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Friday, January 27, 2012

7 Langkah Bijak Mengurangkan Pengambilan Gula

Sepertimana yang kita tahu pengambilan gula yang berlebihan adalah salah satu punca obesiti. Ia juga menyumbang kepada peningkatan risiko mendapat penyakit kencing manis atau diabetis. Oleh itu jika anda serius untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan kehidupan yang lebih sihat, anda harus mengurangkan pengambilan gula harian anda.

Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan oleh Infosihat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman ringan (minuman berkarbonat, sirap dan kordial)


2. Kurangkan gula dan susu pekat dalam teh dan kopi anda.



3. Kurangkan gula dalam masakan seperti kuih-muih, biskut, kek dan bubur/pengat.

4. Elakkan makan makanan yang tinggi gula diantara waktu makan utama dan sebelum tidur.


5. Gantikan makanan pencuci mulut seperti kuih-muih kepada buah-buahan segar.


6. Baca label dan kandungan makanan. Elakkan makanan yang mengandungi gula sebagai bahan utama.


7. Pilih barangan yang "kurang gula", "0% gula" atau "tiada gula".

Untuk maklumat lebih lanjut dan info sihat yang lain, anda bolehlah melayari laman web Infosihat dan MyHealth.

Sunday, January 30, 2011

Keperluan Air Harian

Saya rasa semua orang tahu bahawa badan kita memerlukan 8 ke 12 gelas air sehari. Air disini bermaksud air kosong, bukan teh tarik, kopi, sirap dan sebagainya. Air diperlukan untuk menstabilkan suhu badan, mengangkut nutrisi dan mengeluarkan bahan kotoran dari badan. Air juga penting untuk mengganti air yang keluar hasil dari badan yang berpeluh.

Tapi adakah kita betul-betul meminum 8 gelas air sehari? Saya rasa saya tidak... mungkin 4 gelas sahaja. Selebihnya ialah air teh, 'Coke' dan teh tarik. Jadi macam mana nak pastikan kita mendapat air secukupnya?

Mungkin buat permulaan kita bolehlah membuat catatan dalam buku nota kecil setiap kali kita minum air. Pastikan kita sentiasa mematuhi matlamat untuk mendapatkan air secukupnya. Bagi yang menggunakan iPhone mungkin boleh memuat turun beberapa 'apps' yang khusus untuk memastikan matlamat 8 gelas air sehari tercapai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...