Nuffnang Advertisement

Showing posts with label paras gula. Show all posts
Showing posts with label paras gula. Show all posts

Friday, February 20, 2015

Cadangan Menu Makanan Apabila Di Luar Rumah atau Ketika Bekerja

Anda bekerja di pejabat 5 hari seminggu. Apabila tiba waktu makan tengahari anda buntu untuk memilih menu makanan yang sihat. Kafeteria di pejabat hanya menyediakan nasi berlauk. Nak ke kedai mamak pun menunya hampir sama.

Berminyak, terlalu masin, berlemak, kurang sayur dan macam-macam lagi yang mampu menggugat pelan diet anda. Macam mana ni...

Di sini saya ada beberapa cadangan untuk memilih menu yang lebih sihat dan seimbang, Kebanyakkan tempat makan ini ada merata-rata di pusat bandar. Pilih restoran yang sesuai dengan tekak anda dan pilih makanan yang lebih sihat. Sekurang-kurangnya pilihan makanan ini lebih sesuai dari nasi kandar, burger Mc'D atau ayam goreng Kentucky.

Cadangan menu makanan apabila di luar rumah
Anda tidak semestinya mengikut bulat-bulat, tapi boleh disesuaikan dengan diri anda.

Selamat memilih makanan yang sihat dan mengurangkan berat badan,

Friday, October 12, 2012

Pilih Makanan Anda, Kualiti Bukan Kuantiti


Dalam mengejar impian anda untuk mengurangkan berat badan (diet) anda pastinya sukar melawan nafsu makan anda. Perut dan minda memberontak apabila tiba-tiba bekalan makanan dicatu. Sel-sel tubuh mula mengaktifkan sistem pertahanan. Apabila anda makan ianya cepat-cepat ditukarkan kepada simpanan, takut-takut kalau catuan bermula lagi.

Anda juga disarankan oleh pakar-pakar untuk tidak meninggalkan (skip) sebarang waktu makan terutamanya waktu makan utama. Jadi macam mana nak diet kalau asyik makan sahaja. 

Jawapannya ialah guna akal (dan internet). Pilih makanan yang kurang berlemak. Pilih cara masakannya. Elakkan makanan bergoreng. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan (elakkan) gula dan garam berlebihan. Jika anda makan diluar pilih juga restoran yang menyajikan makanan yang sesuai dengan matlamat anda.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Friday, July 13, 2012

Makanan - Kawan atau Musuh?


Makanan adalah rakan kita atau musuh dalam selimut?

Manusia memerlukan makanan (dan minuman) untuk hidup. Makanan memberi kita khasiat, vitamin dan mineral untuk proses menghasilkan tenaga. Tenaga ini diperlukan untuk melakukan segala aktiviti fizikal dan biologi dalam badan. Zat-zat dari makanan juga diperlukan dalam proses menghasilkan sel-sel baru dan membentuk sistem imunisasi. 

Kita haruslah mengambil makanan yang sesuai dengan tahap aktiviti fizikal kita. Sebagai contohnya orang yang bekerja berat seperti membuat bangunan dan mengangkat barang memerlukan makanan yang lebih dari orang yang bekerja pejabat (dan berhawa dingin). Tetapi ini tidak selalunya berlaku. Betul tak? 

Apabila badan kita mendapat jumlah input (makanan) yang lebih dari diperlukan maka ia disimpan sebagai fixed deposit. Lebihan dagangan inilah yang akan disimpan di perut, lengan, peha, leher dan bumper belakang. Lama kelamaan berat kita akan bertambah dan berlebihan dari yang sepatutnya.

Tak perlu saya bercerita panjang lebar kerana anda juga lebih arif tentang penyakit yang berkaitan dengan berat berlebihan dan kurang aktiviti fizikal. Sekadar menyebut beberapa nama: sakit jantung, strok, kencing manis dan darah tinggi. Ini semua penyakit orang terlebih makan. 

Jadi adakah anda masih menganggap makanan sebagai teman karib anda? Cer cerita..





Friday, January 27, 2012

7 Langkah Bijak Mengurangkan Pengambilan Gula

Sepertimana yang kita tahu pengambilan gula yang berlebihan adalah salah satu punca obesiti. Ia juga menyumbang kepada peningkatan risiko mendapat penyakit kencing manis atau diabetis. Oleh itu jika anda serius untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan kehidupan yang lebih sihat, anda harus mengurangkan pengambilan gula harian anda.

Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan oleh Infosihat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman ringan (minuman berkarbonat, sirap dan kordial)


2. Kurangkan gula dan susu pekat dalam teh dan kopi anda.



3. Kurangkan gula dalam masakan seperti kuih-muih, biskut, kek dan bubur/pengat.

4. Elakkan makan makanan yang tinggi gula diantara waktu makan utama dan sebelum tidur.


5. Gantikan makanan pencuci mulut seperti kuih-muih kepada buah-buahan segar.


6. Baca label dan kandungan makanan. Elakkan makanan yang mengandungi gula sebagai bahan utama.


7. Pilih barangan yang "kurang gula", "0% gula" atau "tiada gula".

Untuk maklumat lebih lanjut dan info sihat yang lain, anda bolehlah melayari laman web Infosihat dan MyHealth.

Saturday, November 26, 2011

8 Cara MUDAH Mengurangkan Kalori

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang dapat membantu anda mengurangkan pengambilan kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan. Mungkin ada sesetengah langkah ini nampak mudah tetapi apa yang kita mahukan ialah kesan jangka panjang. Jika anda mampu mengurangkan 100 kalori sehari ini bersemaan dengan 36,500 kalori setahun. Jumlah kalori ini bersamaan dengan 4.5 kg.

1. Ubah Menu Sarapan Anda
Elakkan menu sarapan standard Malaysia seperti nasi lemak, mee goreng, roti canai dan nasi dagang. Ganti menu sarapan pagi anda dengan "muesli", oat dan buah-buahan. Lebihkan makanan berserat dalam menu pagi anda. 

2. Elakkan Manisan
Jangan amalkan snek seperti roti coklat, ais krim, kek dan muffin. Makanan ini mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Gantikan dengan salad buah-buahan atau yogurt.

3. Sandwich Yang Sihat
Jangan tambahkan sebarang sos mayonis atau "Thousand Island" dalam sandwich anda. Sebaliknya gunakan sos yang berasaskan cuka, lemon dan minyak zaitun. Tambahkan tuna, tetapi bukan tuna bersama mayonis. 

4. Minum Jus Buah-Buahan
Katakan tidak pada sebarang minuman berkabonat. Sebaliknya amalkan minum jus buah-buahan. Kalau boleh jangan ditambah gula dalam jus anda.

5. Kopi-O
Jika anda penggemar kopi, anda patut elakkan cappuccino atau sebarang tambahan lain dalam minuman anda. Susu, coklat dan karamel adalah penambah perisa yang biasa bagi penggemar kopi. Selepas ini pesanlah kopi-o atau teh-o sahaja.

6. Snek kismis dan kacang
Elakkan mengambil sebarang makanan ringan seperti snek jagung atau kentang. Makanan ini biasanya mengandungi bahan pewarna dan perisa tiruan yang banyak. Anda boleh gantikan dengan snek seperti buah-buahan kering, kismis atau kacang campuran.

7. Coklat
Jika anda masih ingin makan coklat, elakkan coklat yang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi seperti Mars dan Sneakers. Atau anda boleh pilih 'dark' coklat yang mengandungi kurang susu dan gula.

8. Makan Sebelum Pukul 7 Malam
Pastikan makan malam anda adalah disekitar pukul 6.30 malam ke 7.30 malam. Ini kerana makanan memerlukan 4 jam untuk hadam. Dan pastikan tiada makanan lewat malam untuk anda. Jika anda masih lapar, ambillah buah-buahan.



Wednesday, September 21, 2011

Ujian Darah

Hari ini saya telah mendapat keputusan penuh ujian darah. Berikut adalah ringkasan keputusan tersebut.

Fungsi Buah Pinggang: Semuanya dalam kadar yang baik.
Fungsi Hati: Alanine Transaminase/SGPT dan Aspartate Transaminase/SGOT lebih dari biasa.
Paras Glukos: Normal.
Kolestrol: Lebih dari biasa dan berisiko tinggi. LDL Kolestrol dan Triglycerides lebih dari paras normal.
Tekanan Darah: Atas sikit dari sempadan.

Doktor sarankan supaya elakkan makan daging merah, makanan laut, makanan berminyak dan terlalu masin. Perlu banyakkan aktiviti fizikal dan senaman.

Doktor juga menyarankan pengambilan ubat untuk mengurangkan paras kolestrol, Crestor Rosuvastatin 5%.

Untuk keputusan selepas 2 bulan KLIK di sini.

Wednesday, September 14, 2011

Kadar Gula Dalam Darah

Kadar gula dalam darah bermaksud jumlah glukos dalam darah. Ia juga dikenali sebagai paras plasma glukos. Ia dikira dengan milimoles per liter (mmol/l). Biasanya kadar untuk individu normal adalah antara 4 ke 8 mmol/l sepanjang hari. Namun kebiasaanya parasnya rendah disebelah pagi dan meningkat selepas makan. Bagi pengidap kencing manis atau diabetis jumlahnya adalah lebih dari paras normal.

Kesan jangka panjang akibat dari kadar gula yang tinggi ialah kerosakkan pada salur darah halus. Akibatnya pesakit akan mengalami antara masalah berikut, kabur penglihatan, kerosakkan buah pinggang, penyakit jantung, strok dan tekanan perasaan.

Dibawah ialah carta kadar kandungan darah sebagai panduan.

Berjumpalah dengan doktor pakar bagi mendapat lebih maklumat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...