Nuffnang Advertisement

Showing posts with label kurang berat badan. Show all posts
Showing posts with label kurang berat badan. Show all posts

Friday, February 20, 2015

Cadangan Menu Makanan Apabila Di Luar Rumah atau Ketika Bekerja

Anda bekerja di pejabat 5 hari seminggu. Apabila tiba waktu makan tengahari anda buntu untuk memilih menu makanan yang sihat. Kafeteria di pejabat hanya menyediakan nasi berlauk. Nak ke kedai mamak pun menunya hampir sama.

Berminyak, terlalu masin, berlemak, kurang sayur dan macam-macam lagi yang mampu menggugat pelan diet anda. Macam mana ni...

Di sini saya ada beberapa cadangan untuk memilih menu yang lebih sihat dan seimbang, Kebanyakkan tempat makan ini ada merata-rata di pusat bandar. Pilih restoran yang sesuai dengan tekak anda dan pilih makanan yang lebih sihat. Sekurang-kurangnya pilihan makanan ini lebih sesuai dari nasi kandar, burger Mc'D atau ayam goreng Kentucky.

Cadangan menu makanan apabila di luar rumah
Anda tidak semestinya mengikut bulat-bulat, tapi boleh disesuaikan dengan diri anda.

Selamat memilih makanan yang sihat dan mengurangkan berat badan,

Friday, December 14, 2012

Asas Pengurusan Berat Badan



Walau seberapa banyak formula atau plan pengurusan berat badan, asas yang utama ialah Ubah Cara Pemakanan dan Aktiviti Fizikal Anda. Ya, begitu mudah sekali, tiada pengiraan matematik, fizik atau kimia yang terlibat.

1. Setiap hari pastikan pengambilan kalori anda kurang dari kebiasaan. Bagaimana? Pilih jenis makanan anda dan kuantiti yang kecil. Ingat kualiti dan bukan kuantiti.

2. Setiap hari pastikan pembakaran kalori lebih dari kebiasaan. Bagaimana? Bangun dan lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan atau berbasikal. Tingkatkan rintangan dengan membawa berat tambahan.

Lakukan perkara ini sebagai rutin harian anda dan lihat hasilnya.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN DIET?

Saturday, October 20, 2012

Tambahkan Sayuran Dalam Hidangan


Apabila makan sekarang tambahkan sayuran dalam hidangan anda. Petua yang boleh diikut ialah bahagikan pinggan anda kepada 4 bahagian. Satu bahagian untuk protein (ayam atau ikan) dan 3 bahagian lagi untuk sayur-sayuran. Pastikan juga yang sayur itu segar dan jika dimasak tidak terlalu lama atau berminyak.

Jika sebelum ini anda hanya menyediakan satu jenis sayuran, anda boleh mula untuk menyediakan 2 atau 3 jenis hidangan pula. Kepelbagaian jenis boleh mengelakkan rasa yang sama dan membuka selera.

Jadi mula untuk melebihkan sayuran dalam hidangan.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Timbang Berat Anda


Ramai yang ingin menurunkan berat (diet) tapi takut untuk berhadapan dengan penimbang. Jangan khuatir, mesin yang ada dipasaran sekarang belum lagi ada yang boleh dihubungkan terus ke Facebook. Rahsia berat anda hanyalah antara anda dan mesin itu. 

Dicadangkan anda merekodkan carta berat badan anda di dalam diari makanan setiap minggu. Tak perlu dilakukan setiap hari, cukup sekadar seminggu sekali sahaja.

Catatkan berat pada hari ini dan berat yang anda ingin capai (matlamat) selepas satu bulan. Biar realistik dari segi kemampuan dan faktor kesihatan. Catatan anda ini akan menjadi panduan anda sama ada segala usaha anda dijalan yang benar atau tidak.

Mulalah jadikan penimbang sebagai teman baik anda sepanjang program diet anda.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Thursday, October 18, 2012

Minum Lebih Air (Jika Anda Serius Berdiet)


Minum air kosong dan bukan kopi, teh atau milo. Jangan sesekali ambil minuman berkarbonat atau ice blended. Standard air kosong yang perlu diambil sehari ialah 8 gelas atau lebih kurang 2 liter. Dan percayalah, minum banyak air kosong membantu anda mengurangkan berat badan.

Air membantu meningkatkan kadar metabolisma yang akan membakar lebih kalori. Ia juga membantu buah pinggang menyingkirkan bahan yang tidak perlu semasa anda berusaha menurunkan berat badan.

Air kosong juga menyebabkan anda cepat berasa kenyang. Jadi apabila anda terasa untuk mengambil coklat atau donat, apakata anda minum segelas air kosong dahulu. Dan fikirkan kembali adakah perlu anda memenuhi nafsu makan anda ketika itu.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...