Nuffnang Advertisement

Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Tambahkan Sayuran Dalam Hidangan


Apabila makan sekarang tambahkan sayuran dalam hidangan anda. Petua yang boleh diikut ialah bahagikan pinggan anda kepada 4 bahagian. Satu bahagian untuk protein (ayam atau ikan) dan 3 bahagian lagi untuk sayur-sayuran. Pastikan juga yang sayur itu segar dan jika dimasak tidak terlalu lama atau berminyak.

Jika sebelum ini anda hanya menyediakan satu jenis sayuran, anda boleh mula untuk menyediakan 2 atau 3 jenis hidangan pula. Kepelbagaian jenis boleh mengelakkan rasa yang sama dan membuka selera.

Jadi mula untuk melebihkan sayuran dalam hidangan.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Tuesday, April 24, 2012

7 Cara Menikmati Sayuran

Kebanyakkan program diet pasti akan menggalakkan umatnya melebihkan makan sayuran. Tapi kebarangkalian untuk kita melanggar pantang ini amatlah tinggi. Ini kerana makan sayuran sahaja tidaklah beberapa menyelerakan bagi sesetengah orang. Berikut adalah 7 cara masakan berbeza untuk kita menikmati sayur-sayuran.

1. Kukus
2. Stir Fry
3. Tom Yam Sayur
4. Ulam
5. Salad
6. Sayur panggang (grilled)
7. Sup sayur
Jadi sekarang anda mempunyai 7 cara berbeza untuk setiap hari dalam seminggu. Tiada lagi alasan untuk tidak menikmati sayuran dalam program diet anda.

Wednesday, April 11, 2012

Sayur Panggang (Grilled Vegetables) - Menu Diet


Memanggang sayuran ialah satu cara lain untuk menikmati sayuran selain dari memakannya mentah. Cara memasak begini adalah lebih mudah dan tidak memerlukan persiapan ramuan yang lama. Ianya juga merupakan salah satu cara sihat untuk menikmati sayuran.

Anda juga tidak perlu menjadi masterchef yang hebat untuk menyediakan menu ini. Newbies dan beginner juga boleh menyediakan makanan ini tanpa perlu merujuk sebarang panduan resipi. Tempoh penyediannya juga tidak lama.

Sayuran panggang (grilled vegetables) amat sesuai dimakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan (diet). 

Antara sayuran yang sesuai untuk dipanggang ialah:
  • Terung
  • Lada benggala (tak kisah warna apa pun)
  • Bawang besar
  • Asparagus (baby ke tak baby pun sedap)
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Cendawan butang
  • Kacang buncis
  • Tomato
  • Timun jepun 
Sedikit garam dan serbuk lada hitam/putih sebagai perisa.
Boleh juga dimakan dengan sos cili atau sos berbeku.

Sapukan sedikit minyak zaitun atau mentega supaya sayur tidak melekat pada kuali.

Terbalikkan sayur supaya masak keseluruhannya.

Siap dan boleh dihidangkan.

Tuesday, February 7, 2012

Diet Di Restoran Makanan Segera

Dizaman moden yang serba pantas ini, kita tidak dapat lari dari menikmati makanan segera. Ianya mudah, pantas dan ada di mana-mana. Dengan berbagai promosi dan tawaran, kita kadang kala tidak dapat lari dari terjebak ke tarikan pemasaran restoran ini.

Selalunya makanan segera ini tinggi kandungan lemak, sodium dan gula. Ini adalah penyebab utama kegemukkan dan masalah kesihatan lain. 

Namun demikian jika anda berhajat untuk mengurangkan berat badan, abnda masih boleh menikmati makanan segera ini. Yang penting anda harus menggunakan akal dan pengetahuan anda sebelum memilih hidangan anda. 

Dibawah adalah beberapa panduan 'survival' untuk anda membuat pilihan bijak:

1. Restoran burger
a) Pilih burger dengan sekeping daging sahaja.
b) Elakkan makanan yang digoreng seperti nugget ayam.
c) Elakkan sebarang 'cheese'.
d) Kurangkan sos mayonis
e) Elakkan sebarang 'milk shake'

2. Restoran ayam goreng
a) Kalau boleh elakkan makan ayam goreng.
b) Hanya makan isinya dan bukan kulit.
c) Pilih kentang putar tanpa kuahnya.

3. Restoran pizza
a) Pilih 'thin crust'
b) Kurangkan 'cheese' dan lebihkan sayuran.
c) Elakkan pasta berkuahkan keju.
d) Pilih salad sayuran segar dan elakkan sos mayonis atau '1000 Island'.

4) Restoran 'sandwich'
a) Elakkan roti 'foot long', hanya 6" sudah mencukupi.
b) Kurangkan keju, lebihkan sayuran.
c) Elakkan sos yang berlemak.
d) Kurangkan daging.

Jadi gunakan akal dalam memilih makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan matlamat mengurangkan berat badan anda.

Monday, September 26, 2011

Cadangan Menu Makan Malam Untuk Diet

Makanan perlu lebih kurang 4 jam untuk hadam. Jadi jika anda merancang untuk tidur jam 11 malam, seeloknya makan malam anda ialah sekitar 7.00 ke 7.30pm.

Berikut adalah cadangan menu makan malam untuk diet:

ISNIN
Seketul ayam tandoori
Salad sayuran seperti tomato, seleri dan lada benggala.

SELASA
Sekeping salmon panggang
Sayur campur

RABU
Sup sayur dan tafu (boleh dicampurkan 5 ketul bebola ikan)

KHAMIS
Telur dadar bersama cendawan butang
Salad sayuran

JUMAAT
Seketul ayam panggang
Sayur goreng (pastikan kurang minyak)

SABTU
Stimbot (5 ketul bebola ikan, 5 ekor udang kecil, tauhu dan sayuran)

AHAD
Sepinggan spaggeti dengan sos tomato dan daging/ayam.
Salad sayuran hijau

Seeloknya elakkan makanan yang berkabohidrat tinggi disebelah malam. Pastikan juga anda mengambil air kosong secukupnya.

Cadangan Menu Sarapan Untuk Diet
Cadangan Menu Makan Tengahari Untuk Diet


Sunday, July 3, 2011

Makan Ulam Untuk Sihat

Anda suka makan ulam? Atau ada antara anda yang tak tahu apa itu ulam. Ulam bolehlah diumpamakan seperti ‘salad’ bagi orang Barat. Ulam sebenarnya terdiri daripada berbagai jenis sayur-sayuran mentah, pucuk-pucuk muda dan berbagai tumbuhan lain. Ia boleh dimakan tanpa dimasak dan boleh juga dicelur dengan air panas.

Ulam biasanya akan dimakan dengan nasi dan dicicah dengan berbagai jenis sambal. Antaranya ialah sambal belacan, sambal kelapa dan kuah pecal.

Antara kebaikkan memakan sayur dan ulam secara mentah ialah akan mendapat lebih khasiat berbanding sayur yang dimasak. Proses memasak yang terlalu lama kadang kala akan memusnahkan segala khasiat yang sepatutnya kita dapat. Ramai juga percaya khasiat ulam baik untuk awet muda.

Antara jenis-jenis ulam yang boleh dimakan mentah adalah seperti berikut:

  • Timun
  • Kacang botol
  • Pegaga
  • Ulam Raja
  • Selom
  • Tomato

Antara jenis-jenis ulam yang perlu dicelur dahulu:

  • Kacang panjang (ada juga dimakan mentah)
  • Jantung pisang
  • Pucuk gajus
  • Bendi
  • Pucuk mengkudu

Antara jenis ulam berbentuk buah ialah:

  • Kering
  • Kerdas
  • Petai
  • Genuak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...