Nuffnang Advertisement

Showing posts with label awet muda. Show all posts
Showing posts with label awet muda. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Fruits & Vegetables Delivery

Kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk mendapatkan bekalan buah-buahan dan sayuran. 2 buah syarikat tempatan telah memulakan langkah dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pelanggan mereka. Tetapi buat masa ini setiap syarikat ini hanya mempunyai liputan kawasan penghantaran yang terhad dan hanya boleh didapati di sekitar Lembah Klang sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web berikut:



Sunday, November 27, 2011

Semakin Meningkat Usia

Penuaan adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap yang bermula pasti akan berakhir. Masa akan sentiasa bergerak ke depan tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Sebenarnya bagi manusia biasa proses penuaan akan lebih cepat bermula dari umur 30-an. Bermula di sini fungsi sel dan tubuh badan anda mula perlahan dan tidak lagi mampu bertugas seperti sebelumnya. Metabolisma juga semakin menurun dan anda perlu lebih tenaga untuk membakar kalori.

Di umur 40-an fungsi organ anda hanya optimum pada kadar 80% sahaja. Di usia 50-an pula fungsinya semakin menurun ke 70%. Berikut adalah tanda-tanda proses penuaan berlaku.

1. Kulit
Ia adalah organ pertama yang mengalami proses penuaan sebaik kita dilahirkan di dunia. Kurang kenyal, kecerahan dan warna yang tidak sekata lagi adalah tanda penuaan.

2. Otak
Otak mula mengalami proses penuaan seawal umur 20 tahun. Fungsi otak yang paling optimum adalah disekitar umur tersebut dan ia mula menurun sedikit demi sedikit. Sel saraf otak adalah satu-satunya sel yang tidak mampu untuk baik pulih sendiri. Jika ia rosak ia tidak lagi mampu menghasilkan sel yang baru. Risiko Alzheimer pada usia 65 tahun adalah 5% dan ia meningkat ke 25% bila kita berumur 85 tahun.

3. Paru-paru
Ia mula mengalami proses penuaan pada umur 30 tahun. Asap rokok, pencemaran, asma dan jangkitan peparu mempercepatkan lagi proses ini. Kapasiti paru-paru juga mula merosot ke 30cc/sesaat setiap tahun.

4. Mata
Pada usia 40 tahun fungsi mata mula menurun. Rabun jauh adalah masalah biasa bagi mereka yang telah berumur. Mereka yang diusia 60 tahun pula akan mudah mendapat penyakit katarak.

5. Jantung
Keberkesanan jantung sebagai pam darah akan mula merosot pada umur 45 tahun. Salur darah yang tersumbat akan menyebabkan jantung bekerja lebih kuat dari biasa untuk mengepam darah. 

6. Telinga
Deria pendengaran akan mula merosot pada umur 60 tahun. Pesakit kencing manis dan darah tinggi akan mengalaminya lebih cepat dari yang normal.

7. Hati, Usus, Buah Pinggang
Organ-organ ini juga akan mengalami kemerosotan fungsi selaras dengan umur yang meningkat. Lindungi organ ini dari sebarang jangkitan akan melambatkan proses penuaan ini.

Tetapi disebalik peningkatan usia mengikut peralihan masa, proses penuaan sebenarnya disebabkan oleh Radikal Bebas (Free Radicals).

Sunday, July 3, 2011

Makan Ulam Untuk Sihat

Anda suka makan ulam? Atau ada antara anda yang tak tahu apa itu ulam. Ulam bolehlah diumpamakan seperti ‘salad’ bagi orang Barat. Ulam sebenarnya terdiri daripada berbagai jenis sayur-sayuran mentah, pucuk-pucuk muda dan berbagai tumbuhan lain. Ia boleh dimakan tanpa dimasak dan boleh juga dicelur dengan air panas.

Ulam biasanya akan dimakan dengan nasi dan dicicah dengan berbagai jenis sambal. Antaranya ialah sambal belacan, sambal kelapa dan kuah pecal.

Antara kebaikkan memakan sayur dan ulam secara mentah ialah akan mendapat lebih khasiat berbanding sayur yang dimasak. Proses memasak yang terlalu lama kadang kala akan memusnahkan segala khasiat yang sepatutnya kita dapat. Ramai juga percaya khasiat ulam baik untuk awet muda.

Antara jenis-jenis ulam yang boleh dimakan mentah adalah seperti berikut:

  • Timun
  • Kacang botol
  • Pegaga
  • Ulam Raja
  • Selom
  • Tomato

Antara jenis-jenis ulam yang perlu dicelur dahulu:

  • Kacang panjang (ada juga dimakan mentah)
  • Jantung pisang
  • Pucuk gajus
  • Bendi
  • Pucuk mengkudu

Antara jenis ulam berbentuk buah ialah:

  • Kering
  • Kerdas
  • Petai
  • Genuak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...