Nuffnang Advertisement

Showing posts with label buahan. Show all posts
Showing posts with label buahan. Show all posts

Friday, January 27, 2012

7 Langkah Bijak Mengurangkan Pengambilan Gula

Sepertimana yang kita tahu pengambilan gula yang berlebihan adalah salah satu punca obesiti. Ia juga menyumbang kepada peningkatan risiko mendapat penyakit kencing manis atau diabetis. Oleh itu jika anda serius untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan kehidupan yang lebih sihat, anda harus mengurangkan pengambilan gula harian anda.

Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan oleh Infosihat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman ringan (minuman berkarbonat, sirap dan kordial)


2. Kurangkan gula dan susu pekat dalam teh dan kopi anda.



3. Kurangkan gula dalam masakan seperti kuih-muih, biskut, kek dan bubur/pengat.

4. Elakkan makan makanan yang tinggi gula diantara waktu makan utama dan sebelum tidur.


5. Gantikan makanan pencuci mulut seperti kuih-muih kepada buah-buahan segar.


6. Baca label dan kandungan makanan. Elakkan makanan yang mengandungi gula sebagai bahan utama.


7. Pilih barangan yang "kurang gula", "0% gula" atau "tiada gula".

Untuk maklumat lebih lanjut dan info sihat yang lain, anda bolehlah melayari laman web Infosihat dan MyHealth.

Friday, December 16, 2011

Fruits & Vegetables Delivery

Kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk mendapatkan bekalan buah-buahan dan sayuran. 2 buah syarikat tempatan telah memulakan langkah dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pelanggan mereka. Tetapi buat masa ini setiap syarikat ini hanya mempunyai liputan kawasan penghantaran yang terhad dan hanya boleh didapati di sekitar Lembah Klang sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web berikut:



Saturday, November 26, 2011

8 Cara MUDAH Mengurangkan Kalori

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang dapat membantu anda mengurangkan pengambilan kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan. Mungkin ada sesetengah langkah ini nampak mudah tetapi apa yang kita mahukan ialah kesan jangka panjang. Jika anda mampu mengurangkan 100 kalori sehari ini bersemaan dengan 36,500 kalori setahun. Jumlah kalori ini bersamaan dengan 4.5 kg.

1. Ubah Menu Sarapan Anda
Elakkan menu sarapan standard Malaysia seperti nasi lemak, mee goreng, roti canai dan nasi dagang. Ganti menu sarapan pagi anda dengan "muesli", oat dan buah-buahan. Lebihkan makanan berserat dalam menu pagi anda. 

2. Elakkan Manisan
Jangan amalkan snek seperti roti coklat, ais krim, kek dan muffin. Makanan ini mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Gantikan dengan salad buah-buahan atau yogurt.

3. Sandwich Yang Sihat
Jangan tambahkan sebarang sos mayonis atau "Thousand Island" dalam sandwich anda. Sebaliknya gunakan sos yang berasaskan cuka, lemon dan minyak zaitun. Tambahkan tuna, tetapi bukan tuna bersama mayonis. 

4. Minum Jus Buah-Buahan
Katakan tidak pada sebarang minuman berkabonat. Sebaliknya amalkan minum jus buah-buahan. Kalau boleh jangan ditambah gula dalam jus anda.

5. Kopi-O
Jika anda penggemar kopi, anda patut elakkan cappuccino atau sebarang tambahan lain dalam minuman anda. Susu, coklat dan karamel adalah penambah perisa yang biasa bagi penggemar kopi. Selepas ini pesanlah kopi-o atau teh-o sahaja.

6. Snek kismis dan kacang
Elakkan mengambil sebarang makanan ringan seperti snek jagung atau kentang. Makanan ini biasanya mengandungi bahan pewarna dan perisa tiruan yang banyak. Anda boleh gantikan dengan snek seperti buah-buahan kering, kismis atau kacang campuran.

7. Coklat
Jika anda masih ingin makan coklat, elakkan coklat yang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi seperti Mars dan Sneakers. Atau anda boleh pilih 'dark' coklat yang mengandungi kurang susu dan gula.

8. Makan Sebelum Pukul 7 Malam
Pastikan makan malam anda adalah disekitar pukul 6.30 malam ke 7.30 malam. Ini kerana makanan memerlukan 4 jam untuk hadam. Dan pastikan tiada makanan lewat malam untuk anda. Jika anda masih lapar, ambillah buah-buahan.



Tuesday, March 8, 2011

Lebihkan Serat (Fiber) Dalam Makanan

Kalau anda mementingkan kesihatan, eloklah mengamalkan makanan yang tinggi kandungan seratnya. Serat atau 'fiber' adalah bahan yang tidak hadam dalam makanan anda. Pendek kata apa sahaja serat yang masuk, serat jugalah yang akan keluar sebagai bahan buangan.

Kenapa serat penting?

Secara amnya serat mengadungi hampir kosong kalori. Tapi ia bersifat mengenyangkan. Jadi anda akan merasa lebih kenyang tetapi tidak memudaratkan kalori anda. Serat juga membantu sistem penghadaman anda dan memudahkan anda membuang segala sisa pepejal. Ia juga mampu menyerap segala bahan yang tidak elok dalam badan dan dibawa bersama keluar setiap kali anda ke tandas.

Serat banyak didapati dalam sayur-sayuran seperti asparagus, brokoli, kobis, timun, lobak merah, seleri, bawang dan bayam. Seeloknya sayuran ini dimakan segar tanpa dimasak. Bagi rakyat Malaysia pula bolehlah mencuba ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja dan daun selom.

Selain itu buah-buahan juga mengandungi serat, contohnya seperti pisang, betik, epal, oren, tembikai dan nenas. Seeloknya dimakan mentah bagi mendapatkan jumlah serat yang banyak.

Bagi anda yang berhajat mengurangkan berat badan bolehlah mencuba amalkan sarapan dengan 'oatmeal' dan buah-buahan. Anda juga boleh gantikan 'oatmeal' dengan bijirin yang tinggi kandungan serat. Badan kita akan bekerja lebih keras untuk menghadam serat yang diambil disebelah pagi dan membakar lebih kalori.

Anda juga boleh mengamalkan sehari seminggu hanya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja. Pasti anda akan mampu menurunkan berat anda dengan lebih cepat.

Wednesday, February 16, 2011

Formula Diet 3333

Diet bukan bermaksud tidak makan langsung atau menahan diri dari makan setiap kali tiba waktu makan. Ada yang beranggapan dengan mengabaikan waktu makan seseorang itu mampu mengurangkan berat badan. Diet sebenarnya ialah makan dengan berhemah dan menggunakan fikiran sebelum memilih jumlah dan jenis makanan.

Ambil makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai. Jangan mengambil saiz hidangan yang terlalu besar. Pilih lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan dari segi saiz hidangan, anda boleh mengamalkan formula diet 3333. Formula ini digunakan untuk 3 waktu makana utama dalam sehari iaitu sarapan, makan tengahari & makan malam.

1. 3 hidangan bersaiz tapak tangan.
Makan 3 hidangan bersaiz tapak tangan sayur-sayuran dan buah-buahan.


2. 3 hidangan bersaiz separuh genggaman.
Makan 3 hidangan bersaiz separuh genggaman makanan berkabohidrat seperti 'cereal', nasi atau roti.


3. 3 saiz hidangan sebesar genggaman.
Makan 3 hidangan bersaiz satu gengaman sumber protein seperti ikan, ayam atau produk soya.


4. Simbol OK
Kurangkan lemak dan makanan berminyak.

Jadi, sebelum makan gunakan akal dan bukan nafsu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...