Kalau anda mementingkan kesihatan, eloklah mengamalkan makanan yang tinggi kandungan seratnya. Serat atau 'fiber' adalah bahan yang tidak hadam dalam makanan anda. Pendek kata apa sahaja serat yang masuk, serat jugalah yang akan keluar sebagai bahan buangan.
Kenapa serat penting?
Secara amnya serat mengadungi hampir kosong kalori. Tapi ia bersifat mengenyangkan. Jadi anda akan merasa lebih kenyang tetapi tidak memudaratkan kalori anda. Serat juga membantu sistem penghadaman anda dan memudahkan anda membuang segala sisa pepejal. Ia juga mampu menyerap segala bahan yang tidak elok dalam badan dan dibawa bersama keluar setiap kali anda ke tandas.
Serat banyak didapati dalam sayur-sayuran seperti asparagus, brokoli, kobis, timun, lobak merah, seleri, bawang dan bayam. Seeloknya sayuran ini dimakan segar tanpa dimasak. Bagi rakyat Malaysia pula bolehlah mencuba ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja dan daun selom.
Selain itu buah-buahan juga mengandungi serat, contohnya seperti pisang, betik, epal, oren, tembikai dan nenas. Seeloknya dimakan mentah bagi mendapatkan jumlah serat yang banyak.
Bagi anda yang berhajat mengurangkan berat badan bolehlah mencuba amalkan sarapan dengan 'oatmeal' dan buah-buahan. Anda juga boleh gantikan 'oatmeal' dengan bijirin yang tinggi kandungan serat. Badan kita akan bekerja lebih keras untuk menghadam serat yang diambil disebelah pagi dan membakar lebih kalori.
Anda juga boleh mengamalkan sehari seminggu hanya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja. Pasti anda akan mampu menurunkan berat anda dengan lebih cepat.
No comments:
Post a Comment