Nuffnang Advertisement

Saturday, March 19, 2011

Jangan Gelojoh Makan

Anda gemar makan sambil menonton televisyen atau membaca akhbar? Ramai antara kita selalu makan malam di hadapan televisyen sambil menonton berita. Maklumlah sekarang ini masa amat terhad. Jadi apa salahnya melakukan dua kerja pada satu masa.

Tahukah anda bahawa kita akan makan lebih dari yang sepatutnya apabila kita tidak menumpukan perhatian kepada makanan kita. Ya… kita akan terlebih makan jika tidak fokus pada apa yang kita makan. Mungkin sebab itulah agaknya kebanyakkan restoran gemar menyediakan televisyen dan juga layar gergasi di premis mereka. Mungkin untuk mengalih perhatian dari memberi tumpuan terhadap makanan yang mengadungi minyak dan garam yang berlebihan.

Seeloknya kita makan dengan bertertib dan member perhatian kepada apa yang akan masuk ke dalam badan kita. Berfikir sebelum makan lebih elok dari menyesal selepas makan. Siapa yang harus dipersalahkan jika berat badan kita berterusan naik setiap hari. Salahkan pada televisyen agaknya.

Sebenarnya dari perut ke otak, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit sebelum isyarat kenyang diaktifkan. Sebab itulah orang yang makan dengan laju cenderung untuk makan berlebihan. Isyaratnya lambat sampai. Kita digalakkan untuk makan dengan perlahan, kunyah sehingga lumat baru telan. Ada juga yang menyarankan untuk mengunyah sekurang-kurangnya 40 kali sebelum telan. Sunnah Nabi tu.

Jadi makanlah dengan perlahan agar perut anda mempunyai cukup masa untuk memberi isyarat BERHENTI kepada otak anda.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...