Nuffnang Advertisement

Showing posts with label sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Makanan - Kawan atau Musuh?


Makanan adalah rakan kita atau musuh dalam selimut?

Manusia memerlukan makanan (dan minuman) untuk hidup. Makanan memberi kita khasiat, vitamin dan mineral untuk proses menghasilkan tenaga. Tenaga ini diperlukan untuk melakukan segala aktiviti fizikal dan biologi dalam badan. Zat-zat dari makanan juga diperlukan dalam proses menghasilkan sel-sel baru dan membentuk sistem imunisasi. 

Kita haruslah mengambil makanan yang sesuai dengan tahap aktiviti fizikal kita. Sebagai contohnya orang yang bekerja berat seperti membuat bangunan dan mengangkat barang memerlukan makanan yang lebih dari orang yang bekerja pejabat (dan berhawa dingin). Tetapi ini tidak selalunya berlaku. Betul tak? 

Apabila badan kita mendapat jumlah input (makanan) yang lebih dari diperlukan maka ia disimpan sebagai fixed deposit. Lebihan dagangan inilah yang akan disimpan di perut, lengan, peha, leher dan bumper belakang. Lama kelamaan berat kita akan bertambah dan berlebihan dari yang sepatutnya.

Tak perlu saya bercerita panjang lebar kerana anda juga lebih arif tentang penyakit yang berkaitan dengan berat berlebihan dan kurang aktiviti fizikal. Sekadar menyebut beberapa nama: sakit jantung, strok, kencing manis dan darah tinggi. Ini semua penyakit orang terlebih makan. 

Jadi adakah anda masih menganggap makanan sebagai teman karib anda? Cer cerita..





Tuesday, September 27, 2011

Hari Jantung Sedunia


Hari Jantung Sedunia mula diraikan pada tahun 2000. Tujuannya adalah untuk menyedarkan setiap insan di dunia bahawa penyakit jantung dan strok adalah pembunuh utama dan telah meragut 17.1 juta orang setiap tahun. Pertubuhan Jantung Sedunia bermatlamat untuk meyebarkan infomasi bahawa penyakit jantung dan strok dapat dielakkan jika langkah awal pencegahan diambil. Sekurang-kurangnya 80% kematian akibatnya penyakit ini dapat dikurangkan.

Antara punca utama penyakit berkaitan jantung ialah penggunaan tembakau, diet yang tidak seimbang dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Hari Jantung Sedunia disambut setiap tahun pada 29 September.

Sepertimana yang kita tahu jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Saiznya hanyalah sebesar penumbuk tapi kerjanya amatlah berat. Jantung kita juga mudah terdedah kepada kerosakkan. Apabila ia tidak berfungsi dengan baik maka ia disebut sebagai penyakit berkaitan jantung.

Oleh itu kita haruslah sentiasa mengambil perhatian dan menjaga kesihatan jantung kita. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan.

1. Makan makanan yang berkhasiat
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Sekurang-kurangnya 5 hidangan setiap hari. Ia akan memberi sumber vitamin dan mineral yang cukup untuk kegunaan seharian. Jika tidak anda harus mendapatkannya dari makanan tambahan (food supplement).

2.Katakan tidak pada rokok dan alkohol
Nikotin dalam rokok akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Pengambilan alkohol berlebihan pula akan menyebabkan tekakan darah meningkat dan menggalakkan peningkatan berat badan,

3. Pastikan berat badan yang ideal
Kurangkan pengambilan garam untuk memastikan tekanan darah anda sentiasa dalam keadaan normal. Tekanan darah tinggi adalah punca utama untuk mendapat strok.

4. Banyakkan aktiviti fizikal
Senaman selama 30 minit setiap hari dapat mencegah penyakit berkaitan jantung dan strok. Sesibuk mana anda bekerja setiap hari pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk bersenam. Contonhya anda boleh gunakan tangga setiap kali anda naik atau turun dari pejabat anda.

5. Elakkan stress atau tekanan perasaan
Walaupun tekanan perasaan bukan punca utama penyakit berkaitan jantung, namun ia menggalakkan penggunaan tembakau dan alkohol yang berlebihan. Disamping itu tekanan perasaan juga menyebabkan seseorang itu makan berlebihan atau kurang makan.

Wednesday, September 14, 2011

Paras Kolestrol

Kolestrol adalah lemak yang melekat pada dinding sel dan membran dalam badan. Tubuh kita memerlukan kolestrol untuk menghasilkan hormon, vitamin D dan asid pencernaan untuk menghadam makanan. Terlalu banyak kolestrol mengakibatkan arteri atau salur darah tersumbat dan dalam jangka panjang akan menyebabkan serangan jantung dan strok.

Kandungan kolestrol boleh diuji dengan cara menganalisa sampel darah. Ujian ini akan mengukur tahap kolestrol, LDL kolestrol, HDL kolestrol dan triglycerides. Doktor pakar anda akan menasihatkan anda sama ada paras kolestrol anda tinggi atau rendah berdasarkan ujian ini.

Jumlah kolestrol merujuk kepada jumlah keseluruhan kolestrol dalam darah.

Jumlah Kolestrol
Kurang dari 200 mg/dL: baik
200-239 mg/dL: pertengahan risiko tinggi
240 dan lebih: risiko tinggi


HDL ialah kolestrol yang baik. Ia membantu mengurangkan kolestrol yang melekat pada salur darah.

HDL (high density lipoprotein)
Kurang dari 40 mg/dL (lelaki), kurang dari 50 mg/dL (wanita): risiko serangan jantung tinggi
Lebih dari 60mg/dL: perlu perlindungan dari serangan jantung


LDL ialah kolestrol yang tidak baik kerana ia akan menyempitkan salur darah.

LDL (low density lipoprotein)
Kurang dari 100 mg/dL: baik
100-129 mg/dL: kurang baik
130-159 mg/dL: pertengahan tinggi
160- 189 mg/dL: tinggi
190 mg/dL dan lebih: sangat tinggi


Triglycerides ialah sejenis lagi lemak yang mampu menyempitkan salur darah.

Triglycerides
Kurang dari n150 mg/dL: biasa
150-199 mg/dL: pertengahan ke tinggi
200-499mg/dL: tinggi
Lebih dari 500 mg/dL: sangat tinggi


Berjumpalah doktor pakar untuk mendapatkan lebih maklumat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...