Nuffnang Advertisement

Sunday, June 26, 2011

Meditasi

Tajuk kali ini tidak ada kena mengena dengan kumpulan Meditasi (sebuah kumpulan rock dari Pahang di era 90'an). Meditasi bermaksud satu proses di mana kita mengosongkan fikiran dari semua perkara yang membebankan atau mengganggu fikiran. Perbuatan bermeditasi ini turut dipratikkan oleh berbagai agama yang ada di dunia ini.

Dalam konteks zaman moden ini meditasi boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan perasaan yang mengganggu pemikiran kita. Setiap hari kita dibebankan dengan berbagai masalah dan anasir-anasir yang mencabar kesabaran kita. Lama kelamaan kita akan merasa amat tertekan dan mungkin akan mengundang berbagai masalah lain.

Cara yang terbaik adalah anda mengambil satu hari dan duduk bersendirian jauh dari segala hubungan luar. Seeloknya cuba ke satu tempat lain dan jangan bawa sesiapa termasuk ahli keluarga. Kehadiran mereka boleh mangganggu proses meditasi mengenal diri anda. Elakkan segala jenis hubungan termasuk telefon bimbit dan email. Jangan bawa sebarang bahan yang berkaitan dengan tugas anda. Tinggalkan semuanya di pejabat atau di rumah.

Sekarang apabila anda bersendirian cuba fikirkan kembali apa yang telah anda lakukan sepanjang hidup anda. Apakah perkara baik yang anda telah lakukan. Apakah perkara buruk yang anda ingin tinggalkan. Bagaimana anda boleh berubah ke arah yang lebih baik?

Cuba imbas kembali saat gembira dalam hidup anda.

Akhir sekali setelah seharian bermeditasi dan bermuhasabah diri, buat satu komitmen kepada diri bahawa anda akan lebih baik dari hari ini.

1 comment:

  1. wow... gud idea. tp kalau dah sorang sorang takut le pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...