Nuffnang Advertisement

Monday, June 20, 2011

Percutian Yang Aktif

Sebut saja musim cuti pasti ramai yang tertunggu-tunggu dan tidak sabar menanti harinya. Maklumlah setelah penat menghadapi tekanan di pejabat, bolehlah menenangkan fikiran sekejap. Banyak tempat-tempat menarik dalam dan luar negara yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau pun bersendirian.

Tapi awas, jangan sampai anda pulang dari bercuti dengan berat yang berlebihan. Maksud saya berat badan.

Ini kerana di tempat percutian kita biasanya akan merehatkan diri dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Kadang kala mengemas bilik pun dilakukan oleh pekerja hotel atau resort. Kita juga pasti akan mencuba berbagai jenis makanan yang terdapat di tempat percutian. Kadang kala kita lupa segala pantang larang dalam memilih makanan yang sihat.

Jadi apakata dipercutian yang berikutnya anda memilih percutian yang diselitkan beberapa aktiviti yang aktif seperti:
  • Menyelam skuba
  • Memanjat bukit atau gunung
  • Berjalan melihat flora dan fauna
  • Berbasikal
  • Menunggang kuda
  • Berkayak
  • Bermain tenis atau bola sepak pantai
  • Bersenam di gim
  • Berenang di kolam atau laut
  • Bermain paintball

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...