Nuffnang Advertisement

Saturday, June 25, 2011

Memberi Untuk Menerima

"Most people just laugh when they hear that the secret to success is giving... Then again, most people are nowhere near as successful as they wish they were"

Buku ini mengisahkan tentang Joe yang bercita-cita besar dalam kerjaya. Dia sentiasa inginkan kehidupan yang berjaya tetapi malangnya sekuat mana dia berusaha semakin jauh dia dari cita-citanya. Kegagalan demi kegagalan membuat Joe semakin kecewa. Suatu hari dalam keadaan yang amat terdesak untuk memenangi satu kontrak besar dia telah mendapatkan nasihat dari Pindar atau lebih dikenali sebagai Chairman.

Sepanjang tempoh perkenalan dengan Pindar, dia telah memperkenalkan Joe kepada beberapa kenalan lain yang merupakan 'Go-Givers' atau mereka yang mempercayai kuasa memberi. Kenalan baru ini terdiri daripada pemilik rangkaian restoran, CEO, penasihat kewangan, agen hartanah dan 'Connector' yang menemukan mereka semua. Individu-individu berjaya ini telah membuka pemikiran Joe kepada kuasa memberi.

Joe telah belajar untuk lebih fokus untuk memberi dari menerima - meletakkan kepentingan orang lain lebih dari diri sendiri.

Secara umumnya buku ini mengangkat konsep sedekah dimana kita haruslah sentiasa memberi tanpa memikirkan balasannya. Jadi untuk berjaya seseorang itu haruslah sentiasa memberi atau bersedekah tanpa perlu memikirkan apa ganjaran yang akan diterima. Insyallah setiap yang baik itu pasti ada balasannya.

*Maklumat lanjut buku ini boleh didapati di http://www.thegogiver.com/

2 comments:

  1. tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri.

    ReplyDelete
  2. Ulasan buku yang menarik! Saya pasti akan mendapatkannya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...