Nuffnang Advertisement

Saturday, November 26, 2011

8 Cara MUDAH Mengurangkan Kalori

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang dapat membantu anda mengurangkan pengambilan kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan. Mungkin ada sesetengah langkah ini nampak mudah tetapi apa yang kita mahukan ialah kesan jangka panjang. Jika anda mampu mengurangkan 100 kalori sehari ini bersemaan dengan 36,500 kalori setahun. Jumlah kalori ini bersamaan dengan 4.5 kg.

1. Ubah Menu Sarapan Anda
Elakkan menu sarapan standard Malaysia seperti nasi lemak, mee goreng, roti canai dan nasi dagang. Ganti menu sarapan pagi anda dengan "muesli", oat dan buah-buahan. Lebihkan makanan berserat dalam menu pagi anda. 

2. Elakkan Manisan
Jangan amalkan snek seperti roti coklat, ais krim, kek dan muffin. Makanan ini mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Gantikan dengan salad buah-buahan atau yogurt.

3. Sandwich Yang Sihat
Jangan tambahkan sebarang sos mayonis atau "Thousand Island" dalam sandwich anda. Sebaliknya gunakan sos yang berasaskan cuka, lemon dan minyak zaitun. Tambahkan tuna, tetapi bukan tuna bersama mayonis. 

4. Minum Jus Buah-Buahan
Katakan tidak pada sebarang minuman berkabonat. Sebaliknya amalkan minum jus buah-buahan. Kalau boleh jangan ditambah gula dalam jus anda.

5. Kopi-O
Jika anda penggemar kopi, anda patut elakkan cappuccino atau sebarang tambahan lain dalam minuman anda. Susu, coklat dan karamel adalah penambah perisa yang biasa bagi penggemar kopi. Selepas ini pesanlah kopi-o atau teh-o sahaja.

6. Snek kismis dan kacang
Elakkan mengambil sebarang makanan ringan seperti snek jagung atau kentang. Makanan ini biasanya mengandungi bahan pewarna dan perisa tiruan yang banyak. Anda boleh gantikan dengan snek seperti buah-buahan kering, kismis atau kacang campuran.

7. Coklat
Jika anda masih ingin makan coklat, elakkan coklat yang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi seperti Mars dan Sneakers. Atau anda boleh pilih 'dark' coklat yang mengandungi kurang susu dan gula.

8. Makan Sebelum Pukul 7 Malam
Pastikan makan malam anda adalah disekitar pukul 6.30 malam ke 7.30 malam. Ini kerana makanan memerlukan 4 jam untuk hadam. Dan pastikan tiada makanan lewat malam untuk anda. Jika anda masih lapar, ambillah buah-buahan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...