Nuffnang Advertisement

Thursday, November 17, 2011

Tak Naik Pangkat Lagi?

Setelah bertahun-tahun bekerja dengan sesebuah syarikat mungkin ada masanya anda berfikir kenapa aku masih dijawatan yang lama? Kenapa orang lain mudah untuk naik pangkat dan anda tidak? Apa kata hari ini anda berfikir sejenak sebab-sebab anda masih ditakuk yang lama.

Adakah projek yang anda uruskan sentiasa terlebih perbelanjaan dari yang sepatutnya? Adakah projek anda juga sentiasa terlambat dari jangkaan? Adakah anda sentiasa lambat menghadiri mesyuarat? Adakah tugasan anda sentiasa memerlukan orang lain untuk disudahkan? Adakah anda sering dipinggirkan oleh rakan sekerja?

Senaraikan segala masalah ini dan cuba untuk mencari punca masalahnya. Dapatkan pendapat dari orang lain jika perlu. Gariskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Jika ia berpunca dari masalah anda kekurangan pengetahuan atau pengalaman, anda boleh menghadiri kursus atau seminar yang tertentu. Jika banyak masalah ini berpunca dari anda apa kata anda cuba menguruskan diri anda dengan lebih baik. Contohnya jika anda sering datang lambat ke pejabat, anda mungkin terpaksa berkorban untuk keluar rumah lebih awal dari sebelum ini.

Tetapi jika segala masalah ini masih tidak dapat diatasi mungkin anda perlu memikirkan pekerjaan atau karier lain. Mungkin ini bukan pekerjaan yang sesuai dengan anda. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...