Ramai antara kita yang bekerja sendiri mengimpikan untuk menjadi "boss" sendiri atau mempunyai perniagaan sendiri. Ramai yang tertekan dengan majikan dan berangan-angan alangkah seronoknya kalau diri ini menjadi majikan pula. Kebanyakkan kita juga berpendapat berniaga adalah jalan termudah untuk membebaskan diri dari belenggu kerja di pejabat.
Tetapi jika ramai yang berpendapat demikian kenapa masih ramai lagi yang takut-takut untuk bertindak dan memulakan langkah pertama dalam perniagaan atau keusahawanan. Mungkin masih ramai juga yang tidak tahu atau belum menetapkan sebarang sasaran bila untuk anda bermula.
Apa kata menjelang tahun 2012 ini anda menetapkan matlamat untuk bertindak dan mengambil langkah berani untuk mencapai impian anda. Masih ada sebulan setengah lagi ditahun 2011 untuk anda merancang dan menetapkan tindakan selanjutnya. Senaraikan apa yang patut anda lakukan dan cuba untuk mengerjakan segala perancangan anda.
Apa yang harus anda ingat bahawa jika anda tidak bertindak hari ini, bila lagi?
No comments:
Post a Comment