Penuaan adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap yang bermula pasti akan berakhir. Masa akan sentiasa bergerak ke depan tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Sebenarnya bagi manusia biasa proses penuaan akan lebih cepat bermula dari umur 30-an. Bermula di sini fungsi sel dan tubuh badan anda mula perlahan dan tidak lagi mampu bertugas seperti sebelumnya. Metabolisma juga semakin menurun dan anda perlu lebih tenaga untuk membakar kalori.
Di umur 40-an fungsi organ anda hanya optimum pada kadar 80% sahaja. Di usia 50-an pula fungsinya semakin menurun ke 70%. Berikut adalah tanda-tanda proses penuaan berlaku.
1. Kulit
Ia adalah organ pertama yang mengalami proses penuaan sebaik kita dilahirkan di dunia. Kurang kenyal, kecerahan dan warna yang tidak sekata lagi adalah tanda penuaan.
2. Otak
Otak mula mengalami proses penuaan seawal umur 20 tahun. Fungsi otak yang paling optimum adalah disekitar umur tersebut dan ia mula menurun sedikit demi sedikit. Sel saraf otak adalah satu-satunya sel yang tidak mampu untuk baik pulih sendiri. Jika ia rosak ia tidak lagi mampu menghasilkan sel yang baru. Risiko Alzheimer pada usia 65 tahun adalah 5% dan ia meningkat ke 25% bila kita berumur 85 tahun.
3. Paru-paru
Ia mula mengalami proses penuaan pada umur 30 tahun. Asap rokok, pencemaran, asma dan jangkitan peparu mempercepatkan lagi proses ini. Kapasiti paru-paru juga mula merosot ke 30cc/sesaat setiap tahun.
4. Mata
Pada usia 40 tahun fungsi mata mula menurun. Rabun jauh adalah masalah biasa bagi mereka yang telah berumur. Mereka yang diusia 60 tahun pula akan mudah mendapat penyakit katarak.
5. Jantung
Keberkesanan jantung sebagai pam darah akan mula merosot pada umur 45 tahun. Salur darah yang tersumbat akan menyebabkan jantung bekerja lebih kuat dari biasa untuk mengepam darah.
6. Telinga
Deria pendengaran akan mula merosot pada umur 60 tahun. Pesakit kencing manis dan darah tinggi akan mengalaminya lebih cepat dari yang normal.
7. Hati, Usus, Buah Pinggang
Organ-organ ini juga akan mengalami kemerosotan fungsi selaras dengan umur yang meningkat. Lindungi organ ini dari sebarang jangkitan akan melambatkan proses penuaan ini.
Tetapi disebalik peningkatan usia mengikut peralihan masa, proses penuaan sebenarnya disebabkan oleh Radikal Bebas (Free Radicals).
No comments:
Post a Comment