Nuffnang Advertisement

Friday, February 20, 2015

Cadangan Menu Makanan Apabila Di Luar Rumah atau Ketika Bekerja

Anda bekerja di pejabat 5 hari seminggu. Apabila tiba waktu makan tengahari anda buntu untuk memilih menu makanan yang sihat. Kafeteria di pejabat hanya menyediakan nasi berlauk. Nak ke kedai mamak pun menunya hampir sama.

Berminyak, terlalu masin, berlemak, kurang sayur dan macam-macam lagi yang mampu menggugat pelan diet anda. Macam mana ni...

Di sini saya ada beberapa cadangan untuk memilih menu yang lebih sihat dan seimbang, Kebanyakkan tempat makan ini ada merata-rata di pusat bandar. Pilih restoran yang sesuai dengan tekak anda dan pilih makanan yang lebih sihat. Sekurang-kurangnya pilihan makanan ini lebih sesuai dari nasi kandar, burger Mc'D atau ayam goreng Kentucky.

Cadangan menu makanan apabila di luar rumah
Anda tidak semestinya mengikut bulat-bulat, tapi boleh disesuaikan dengan diri anda.

Selamat memilih makanan yang sihat dan mengurangkan berat badan,

Saturday, March 1, 2014

Selamat Bertemu Kembali



Maafkan saya kerana meninggalkan blog ini terlalu lama.

Kadang kala terlalu sibuk dengan hal lain sehingga terlupa tujuan dan matlamat asal saya menulis di sini.

Insyallah akan kembali menulis semula bermula minggu ini.

Sepanjang tahun 2013 masa saya banyak dihabiskan dalam urusan penganjuran Sekolah Tuanku Abdul Rahman Old Boys Weekend 2013. Maklumlah batch 1989-93 sebagai pengajur. Saya menguruskan secara bersama dengan rakan yang lain Facebook Page, Twitter dan Instagram rasmi program berkenaan.

Disamping itu saya juga terlibat dengan urusan rekabentuk logo, banner, bunting dan cenderamata rasmi.

Alhamdullilah, program tersebut berjalan lancar dan selamat dianjurkan.



Friday, December 14, 2012

Facebook Page - facebok.com/syahrul76

Sekarang anda boleh berhubung dan mendapatkan segala perkembangan terkini dari Facebook Page saya sendiri.

Segala post, tweet dan update akan dilinkkan di sini.

Sila LIKE www.facebook.com/syahrulseventysix

Asas Pengurusan Berat Badan



Walau seberapa banyak formula atau plan pengurusan berat badan, asas yang utama ialah Ubah Cara Pemakanan dan Aktiviti Fizikal Anda. Ya, begitu mudah sekali, tiada pengiraan matematik, fizik atau kimia yang terlibat.

1. Setiap hari pastikan pengambilan kalori anda kurang dari kebiasaan. Bagaimana? Pilih jenis makanan anda dan kuantiti yang kecil. Ingat kualiti dan bukan kuantiti.

2. Setiap hari pastikan pembakaran kalori lebih dari kebiasaan. Bagaimana? Bangun dan lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan atau berbasikal. Tingkatkan rintangan dengan membawa berat tambahan.

Lakukan perkara ini sebagai rutin harian anda dan lihat hasilnya.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN DIET?

Thursday, November 22, 2012

Tidur Yang Sempurna


Tidur yang cukup amat perlu untuk kekal muda dan sihat. Kebanyakkan proses pemulihan sel dan otot berlaku semasa anda tidur. Namun demikian ramai antara orang dewasa yang tidak mendapat tidur yang cukup. 30% pula mengidap imsomnia atau penyakit sukar untuk tidur. 

PETUA TIDUR YANG  SEMPURNA

1) Pastikan tilam yang anda gunakan sesuai dengan tubuh badan. Ada yang sukakan tilam yang keras dan ada yang sukakan tilam yang lembut. Cubalah beberapa jenis tilam yang ada dipasaran dan pilih yang sesuai dengan diri anda.

2) Amalkan kebiasaan waktu tidur setiap hari. Badan anda akan lebih mudah untuk tidur apabila tiba masanya.

3) Elakkan menggunakan bilik tidur untuk tujuan lain seperti menonton televisyen atau membuat kerja. Tinggalkan hal-hal serius yang lain sebaik sahaja anda masuk ke bilik tidur.

4) Pastikan bilik tidur anda sejuk dan gelap. Elakkan menggunakan cat warna yang terang.

5) Elakkan bersenam 2 atau 3 jam sebelum tidur.

6) Elakkan gula berlebihan dan kafeine sebelum tidur.

7) Jika anda masih sukar untuk tidur bangun dan cuba ke bilik lain untuk membaca atau menonton televisyen sebentar.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?

Monday, November 19, 2012

Tua Sebelum Waktunya


Ramai antara kita mungkin tidak percaya, tetapi jangka hayat manusia ialah 120 tahun. Ya, betul 120 tahun. Tetapi kenapa jangka hayat ini menurun kepada antara 60 hingga 70 tahun sahaja? Kajian terbaru juga mendapati bahawa purata jangka hayat lelaki ialah 70 tahun dan wanita ialah 75 tahun. Mengapa ini semua terjadi?

Kini diusia emas ini kebanyakkan orang dihantui dengan berbagai penyakit, masalah kesihatan dan penurunan keseluruhan kemampuan diri. Hospital dan ubat-ubatan mula menjadi teman hidup. Ada juga yang mula memerlukan berbagai peralatan bantuan hidup seperti kerusi roda.

Tetapi anda juga mampu untuk meningkatkan jangka hayat anda jika anda memahami proses penuaan dan bagaimana tubuh badan membaik pulih diri anda. Kita sebenarnya mampu untuk hidup sihat lebih lama dan bertenaga.


PEMULIHAN

Pemulihan tubuh badan ialah mekanisma yang membaik pulih sel, tisu dan organ supaya ia berfungsi dengan sempurna. Ia bertindak membaik pulih dan mengganti sel-sel yang telah rosak.

Diusia remaja mekanisma pemulihan ini berfungsi dengan tahap yang paling efisen. Kita mampu makan berbagai jenis makanan, tidur yang kurang dan melakukan berbagai aktiviti fizikal. Proses pemulihan berlaku dengan efisen dan cepat. Namun demikian apabila kita semakin berusia proses ini semakin perlahan dan memerlukan lebih banyak masa untuk bertindak. Kita menjadi lebih mudah lupa, lambat pulih dari kecederaan, cepat keletihan dan kelihatan berumur.

Tanda-tanda penuaan seperti rambut beruban dan kulit berkedut mula kelihatan. Tanda-tanda penyakit kronik seperti darah tinggi, lemah jantung dan kecing manis mula menunjukkan tanda awal.


TUA SEBELUM WAKTUNYA

Tidak dapat tidak, semua orang akan meningkat usianya. Tetapi kebanyakkan kita membiarkan tubuh badan kita lebih cepat tua dari yang sepatutnya. Faktor luar seperti pencemaran, kurang bersenam, stres dan makanan yang kurang berkhasiat mempercepatkan penuaan tubuh badan.

Untuk mencegah proses penuaan yang terlalu awal kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup kita seperti bersenam dan pemakanan sihat. Aktiviti yang kurang sihat seperti merokok juga harus dihentikan serta-merta.

Lebih cepat anda bertindak untuk berubah lebih tinggi peluang anda untuk memperlambatkan proses penuaan dan meningkatkan proses pemulihan.

Wednesday, November 14, 2012

Masak Makanan Anda Sendiri


Memasak makan anda sendiri membolehkan anda mengawal apa yang akan anda makan. Anda yang menentukan berapa banyak minyak dan garam yang digunakan. Anda yang menentukan sama ada akan menggoreng atau mengkukus makanan anda.

Apabila ada masa terluang cubalah memasak sendiri dan elakkan membeli makanan diluar. Memasak sekarang jauh lebih mudah dengan berbagai peralatan canggih dan terkini. Memasak makanan sihat juga tidak memerlukan penyedian bahan yang remeh atau mengambil masa yang lama.

Anda tidak tahu resipi? Jangan jadikan ia alasan. Sekarang ini anda cuma perlukan talian internet sahaja dan segala jenis resipi makanan berada dihujung skrin iPad anda sahaja.


ANDA SERIUS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN (DIET)?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...