Nuffnang Advertisement

Saturday, February 19, 2011

10 Makanan Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan

Seperti dalam posting saya sebelum ini, diet bukan bermaksud tidak makan tetapi lebih hati-hati dalam memilih apa yang kita makan. Pilih makanan dengan akal dan bukan nafsu sahaja. Berbagai jenis makanan terutamanya di restoran mengandungi banyak bahan yang mampu menggemukkan dan kurang berkhasiat. Elakkan memilih makanan yang berlemak, berminyak, terlalu masin atau mengadungi pewarna atau perisa tiruan yang berlebihan.

Di bawah disenaraikan 10 jenis makanan yang membolehkan anda membuat pilihan yang lebih bijak (senarai diambil dari laman web ifood.tv)

1. Salad Sayuran atau Buah-buahan
Jika anda berniat untuk mengurangkan berat badan, banyakkan memakan sayur-sayuran. Seeloknya sayuran yang tidak diperlu dimasak. Senang cakap, sayur mentah. Kalau boleh elakkan mayonis atau seangkatan dengannya untuk salad anda. Cuba minyak zaitun.

2. Ayam Panggang
Ayam yang dipanggang mengandungi protein yang tinggi dan kurang lemak. Elakkan bahagian kulit.

3. Sayur Panggang
Selain dari goreng dan rebus, sayur juga boleh dibakar atau dipanggang. Anda boleh mencuba dengan lada benggala, timun jepun, terung, putik jagung, asparagus, bawang besar, timun dan bawang besar.

4. Kekacang
Selain dari daging dan ikan, kekacang juga boleh menjadi sumber protein yang sihat. Ia juga mengandungi zat besi yang tinggi.


5. Limau Gedang (Grapefruits)
Menurut kajian setengah biji buah limau gedang mampu meningkat kadar metabolisma seseorang. Elok diamalkan sebelum makan sarapan pagi. Mungkin susah sikit untuk dapatkan di pasaran, tapi boleh didapati di pasaraya seperti Cold Storage.



6. Buah Tembikai
Buah ini senang didapati dipasaran. Apa yang menarik ialah buah tembikai sebenarnya mengandungi air yang banyak. Jadi anda tidak perlu risau untuk makan sebanyak mana pun yang termampu.

7. Teh Hijau
Mengandungi bahan aktioksidan yang tinggi dan mampu untuk memecahkan lemak. Minum tanpa gula. Anda boleh menambahkan jus lemon untuk menambah perisa.

8. Ikan
Mengandungi sumber protein yang tinggi dan kurang lemak. Yang penting isi ikan mengandungi omega 3 yang bagus untuk pertumbuhan.

9. Putih Telur
Juga mengandungi sumber protein yang tinggi dan kurang lemak.

10. Minuman Kalori Rendah
Pilih minuman yang kurang bergula dan pewarna tiruan. Seeloknya minum air kosong.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...