Nuffnang Advertisement

Showing posts with label dumbbell. Show all posts
Showing posts with label dumbbell. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

7 Senaman Mudah Untuk Setiap Hari

Seperti biasa, apabila bercakap tentang diet atau pengurusan berat badan ia tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti fizikal atau senaman. Ia merupakan salah satu komponen wajib jika anda berhajat untuk mengurangkan berat badan. Cara terbaik untuk membakar kalori adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Ia membantu membina 'fitness' dan meningkatkan kadar metabolisma.

Namun demikian ramai yang cuba mengabaikan aktiviti senaman dalam program pengurusan berat badan mereka. Menahan lapar atau tidak makan sahaja tidak cukup untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. Anda mungkin kurus tetapi kelihatan letih dan tidak bermaya. Seeloknya anda mendapatkan berat yang ideal disamping bentuk badan yang sempurna.

Jika anda mudah bosan dengan satu-satu aktiviti fizikal, apakata anda perbagaikan jenis senaman setiap hari. Di bawah ialah 7 jenis aktiviti fizikal berbeza untuk setiap hari dalam seminggu.

1. Jogging
2. Senaman Aerobik
3. Senaman Yoga
4. Senaman Treadmill
5. Boxing atau Kick Boxing
6. Latihan angkat berat / weight training
7. Berbasikal

Jadi setiap hari anda bolehlah memilih mana satu aktiviti kegemaran anda. Satu jenis senaman untuk setiap hari. Selamat bersenam.


Saturday, April 21, 2012

Peralatan Asas Senaman Di Rumah

Senaman di rumah
Apabila anda berhasrat untuk mengurangkan berat badan, anda tidak boleh lari dari melakukan aktiviti fizikal. Tetapi ada kalanya anda tidak dapat pergi ke gim atau beriadah di luar disebabkan oleh alasan-alasan tertentu. Jangan risau kerana anda juga boleh melakukan aktiviti senaman walaupun berada di dalam rumah. Anda tidak memerlukan peralatan yang canggih atau mahal. Cukup sekadar dengan beberapa peralatan asas ini.
Kasut sukan
Anda mungkin memerlukan sepasang kasut untuk senaman di dalam rumah bagi mendapatkan kesan yang maksimum dan mengelakkan kecederaan.

Dumbbell/pemberat
Tingkatkan halangan (resistance) dalam senaman anda dengan menambahkan pemberat.
Tikar senaman (exercise/yoga mat)
Tikaer senaman boleh mengurangkan kesakitan dan kecederaan apabila melakukan senaman yang memerlukan anda berbaring di lantai.
Sit up bench
Sit up bench boleh membantu anda melakukan senaman sit up untuk mengempiskan perut.

Untuk panduan senaman anda boleh mendapatkan beberapa DVD senaman asas di pasaran:




Selamat melakukan senaman di rumah.


Friday, March 2, 2012

Saujana Fitness Gym - My local gym

Semalam saya telah mandaftarkan diri dengan 'my local gym' - Saujana Fitness Gym. Saya memilih untuk menyertai 'gym' ini kerana ianya terletak berhampiran rumah (kurang dari 1km) dan tidak memerlukan pendaftaran untuk 24 bulan atau 36 bulan. Berbanding gym-gym glamour yang lain, anda perlu menjadi ahli untuk satu tempoh yang lama dan terikat dengan bayaran bulanan yang tetap.

Berikut ialah alamat Saujana Fitness Gym:
No 28-1, Jalan Bidara 9/2,
Saujana Utama 3,
Sungai Buloh,
47000 Selangor.

Tel: Khairul (Giant) 012 360 3071

Yurannya adalah seperti berikut:

Pendaftaran: RM100 (lelaki), RM 80 (wanita).
Bayaran bulanan: RM 80 (lelaki), RM 60 (wanita)

Terdapat kadar istimewa untuk pelajar (18 tahun ke atas) dan warga emas (50 tahun ke atas).

Saujana Fitness Gym

Saujana Fitness Gym

 Kad keahlian dan T-Shirt percuma

Jadi apa tunggu lagi. Marilah kita berubah ke arah tubuh badan yang lebih sihat dengan bersenam.


Monday, June 20, 2011

Mulakan Dengan 'Dumbbell'

Jika anda berminat untuk membeli peralatan senaman untuk digunakan di rumah, apakata mulakan dengan 'dumbbell'. Ia didatangkan dengan berbagai bentuk, warna dan saiz. Tetapi yang lebih penting adalah beratnya yang sesuai dengan tahap kecergasan anda.

Latihan senaman menggunakkan dumbbell adalah mudah dan ringkas. Anda tidak memerlukan ruang yang luas. Di samping itu dumbbell boleh digunakan untuk berbagai bentuk senaman.

Bagi permulaan dapatkan dumbbell yang ringan dahulu, mungkin dalam 2-3kg dan kemudian apabila anda telah selesa, dapatkan yang lebih berat dari 5kg dan ke atas.

Disamping itu bagi menambah rintangan di kaki anda boleh dapatkan pemberat yang boleh dipakai dengan pelekat 'velcro'.

Dengan alat senaman ini anda boleh melakukan senaman ringan sambil menonton TV atau duduk santai di rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...