Nuffnang Advertisement

Saturday, June 18, 2011

Komited Untuk Sihat

Seperti saya yang telah bertahun-tahun mengabaikan kesihatan sepanjang hidup saya, tapi masih belum terlambat untuk berubah.

Anda juga masih mampu berubah walau selewat mana anda bermula. Langkah yang anda ambil untuk berubah memerlukan komitmen yang tinggi untuk meninggalkan segala tabiat yang memudaratkan kesihatan.

Masih belum terlewat untuk bersenam dengan lebih kerap, mengubah gaya hidup dan mengambil makanan yang berkhasiat. Tetapi jika anda mampu bermula dengan lebih awal adalah lebih bagus. Jangan tunggu sehingga sakit baru hendak berubah.

Jika anda komited anda sebenarnya memanjangkan lagi hayat hidup anda. Apabila anda mula berubah kepada gaya hidup yang sihat, sel-sel dalam badan anda mampu untuk memulihkannya kembali dengan lebih efisyen. Sel-sel yang sihat akan mula mengambil alih dari sel yang sudah uzur. Proses pemulihan akan menjadi lebih mudah jika anda dapat mengelakkan anasir anasir jahat seperti radikal bebas dengan lebih kerap.

Jadi berjanjilah dengan diri anda untuk berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Tempat Beriadah Sekitar KL

Setelah seharian menghadapi tugas-tugas harian kita perlu untuk menenangkan fikiran. Antara aktiviti yang mudah dan tidak memerlukan belanja yang mahal ialah beriadah di taman-taman tasik. Biasanya kita boleh berjalan atau ber'jogging' sambil menghirup udara yang segar di taman.

Bagi mereka yang bekeluarga juga boleh membawa anak-anak bersiar-siar atau bermain di sini. Kawasan taman tasik yang luas memberi lebih ruang untuk kanak-kanak bergerak bebas.

Berikut disenaraikan antara 10 tempat beriadah di sekitar Kuala Lumpur:

  • Taman Tasik Titiwangsa
  • Tasik Perdana
  • Tasik Shah Alam
  • Taman Metropolitan
  • Taman Tasik Permaisuri
  • Taman Tasik Ampang Hilir
  • Taman Tasik Dato Keramat
  • Taman Tasik Sri Rampai
  • Taman Rimba Kiara
  • Taman KLCC
  • Taman Rekreasi Pudu Ulu (bersebelahan bangunan PGRM)
Untuk maklumat lanjut berkenaan taman-taman awam di sekitar KL boleh layari:

Setiap dari tempat ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing yang tersendiri. Jadi apa kata anda luangkan masa untuk beriadah hari ini.


Monday, June 13, 2011

Haiwan Kesayangan Kurangkan Tekanan

Bagi mereka yang sering mengalami tekanan perasan, apa kata anda cuba memelihara haiwan seperti ikan, kucing atau hamster. Dengan menghabiskan sedikit masa membelai dan memerhatikan haiwan ini, ia mampu untuk memberi ketenangan kepada jiwa yang sedang kacau.

Jika anda malas untuk menguruskan haiwan peliharaan ini anda boleh juga meluangkan masa melawat tempat-tempat seperti Zoo Negara & Aquaria di KLCC.

Tonton Filem Komedi

Pepatah Inggeris mengatakan bahawa "Laughter Is The Best Medicine", atau dalam bahasa Malaysia "Ketawa Penawar Segala Duka".

Ketawa sebenarnya dapat mengurangkan tekanan dan membantu menenangkan minda. Aksi komedi membantu anda melupakan sebarang masalah dan membuat anda lebih tenang.

Komedi membuat fikiran anda sentiasa aktif dan menggalakkan pemikiran yang lebih kreatif. Sebenarnya amat sukar untuk menghasilkan komedi yang mampu membuat orang ketawa. Hanya mereka yang benar-benar kreatif dan berfikir di luar kotak mampu menghasilkan komedi yang berhemah.

Berikut adalah nama beberapa pelawak yang terkenal dengan aksi komedi mereka di Hollywood; Jim Carrey, Adam Sandler, Eddie Murphy, Mike Meyers, Owen Wilson, Jack Black, Chris Rock & Ron Schneider (sekadar menyebut beberapa nama).

Jadi apabila anda menghadapi sebarang tekanan atau masalah apa kata anda luangkan masa menonton Maharaja Lawak atau pergilah ke pawagam untuk menonton filem-filem komedi terkini. Antara filem-filem komedi terbaru adalah seperti:
  1. Kung Fu Panda 2
  2. Just Go With It
  3. Rango
  4. Mr Popper's Penguins


Saturday, June 4, 2011

Tidur Yang Sempurna

Semua orang tidur setiap hari, tapi berapa ramai yang sebenarnya mendapat tidur yang sempurna? Ada juga yang menghadapi masalah kesukaran untuk tidur atau istilahnya 'insomnia'. Antara punca-punca 'insomnia' ialah tekanan perasaan, kegelisahan dan pengambilan alkohol berlebihan.


Bagi mereka yang normal, di bawah disenaraikan beberapa petua atau amalan untuk mendapat tidur yang sempurna.
  1. Minum segelas susu panas.
  2. Elakkan makanan yang terlalu berat untuk makan malam.
  3. Elakkan makanan yang terlalu pedas.
  4. Kurangkan pengambilan kopi.
  5. Kurangkan tekanan perasaan.
  6. Mandi air suam.
  7. Pasang muzik yang perlahan dan menyenangkan.
  8. Sembahyang atau berdoa kepada Tuhan.
  9. Elakkan senaman yang terlalu berat.
  10. Amalkan waktu tidur dan bangun yang tetap setiap hari.
  11. Gunakan kamar tidur hanya untuk tidur dan bukan untuk makan atau menonton TV.
  12. Pastikan katil, tilam, bantal dan cadar selesa.
  13. Elakkan kamar tidur yang terlalu terang, panas atau sejuk.
  14. Kalau setelah 20 minit anda masih belum tidur, bangun dan cuba baca buku.
Semoga dengan petua/amalan ini dapat memastikan anda tidur dengan sempurna.

Syoknya Tidur

Bestnya kalau dapat tidur lama-lama di hujung minggu ni. Lagi best kalau hujan turun selebat-lebatnya belah pagi. Confirm tarik selimut sampai ke petang. Kan bagus kalau hari-hari boleh macam ni.

Sebenarnya setiap manusia yang sihat hanya memerlukan 6 ke 8 jam tidur sahaja sehari. Jadi kalau anda tidur dari pukul 10 malam, seeloknya anda bangun dalam pukul 6 pagi. Tidur yang sempurna akan memastikan anda bangun dengan segar dan bersedia untuk menghadapi aktiviti harian. Tetapi kenapa masih ada yang merasakan mereka tidak mendapat tidur yang cukup? Tidur adalah aktiviti normal dimana badan kita melakukan proses pemulihan selepas seharian melakukan berbagai aktiviti. Otot dan otak kita juga melalui proses pemulihan untuk memastikan kita bersedia untuk hari esok. Mungkin sebab itulah ubat dan tidur amat sinonim.

Kurang tidur menyebabkan system pertahanan tubuh anda menjadi lemah. Otak kita juga akan menjadi kurang bertindak balas dan mudah melakukan kesilapan. Sebarang kerosakan pada sel-sel badan juga tidak dapat dibaik pulih dengan sempurna.


Sunday, May 22, 2011

Trip to Kuching, Sibu & Sarikei

Bulan lepas saya telah menghadiri jemputan kenduri khawin kawan sepengajian di universiti dulu. Majlis tersebut diadakan di Sarikei pada 24/4/2011. Perjalanan saya bermula dari KLIA ke Kuching, Sibu dan seterusnya ke Sarikei. Di bawah beberapa gambar di sepanjang perjalanan itu.

Arca burung Kenyalang di Waterfront

Pemandangan di seberang Waterfront


Perahu tambang

Kedai cenderahati dan T-Shirt

Kedai cenderahati dan T-Shirt

Top Spot Food Court untuk penggemar makanan laut

Berbagai jenis ikan dan makanan laut lain

Telur dadar dengan isi tiram

Siput Buluh atau Ambal

Udang Mentega

Ketam Cili Dengan Telur

Pucuk Midin masak belacan

James Brooke Bistro & Cafe

Pemandangan bandar Sibu dari RH Hotel

Simpang ke Sarikei
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...