Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 28, 2011

8 Sebab Anda Perlu Ada Diari Makanan (Jika Anda Serius Untuk Mengurangkan Berat Badan).

Salah satu cara untuk mencapai matlamat untuk mengurangkan berat badan ialah dengan merekodkan apa yang anda makan setiap hari ke dalam Diari Makanan. Ianya akan menjadi rekod dan jurnal dalam anda menempuh perjalanan dan cabaran untuk mencapai matlamat anda.

Berikut adalah 8 sebab kenapa anda perlu ada Diari Makanan:

1. Diari Makanan akan memastikan anda mempunyai rekod pengambilan kalori harian anda. Rekod ini penting kerana anda perlu memastikan jumlah pengambilan kalori harian anda rendah dari kalori yang anda perlukan.

2. Diari Makanan akan membuat anda memberi lebih perhatian terhadap apa yang anda makan setiap hari. Selalunya kita akan makan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa memikirkan jumlah kalori yang diambil. Jadi apabila anda menulis apa yang anda pilih untuk makan pada hari ini, ia akan membuat anda fokus kepada matlamat anda.

3. Diari Makanan adalah rekod untuk anda menilai pilihan makanan anda. Setiap minggu anda sepatutnya membuat penilaian sama ada anda membuat pilihan makanan yang betul atau sebaliknya. Seelok-eloknya rekod ini dikongsi bersama pakar pemakanan anda.

4. Diari Makanan mengawal keinginan makan anda. Anda pastinya berfikir banyak kali sebelum memilih makanan yang kurang sihat kerana anda tahu ia perlu direkodkan selepas ini.

5. Diari Makanan akan memastikan anda berada di landasan yang betul dalam mengejar matlamat anda. Anda pastinya berbangga apabila anda melihat kembali rekod pemakanan anda setelah anda berjaya mendapat berat badan yang sempurna.

6. Diari Makanan membuat anda memilih makanan dengan bijak. Anda pastinya akan kurang mengambil makanan yang tidak sihat jika anda berfikir dahulu sebelum memasukkan sesuatu makanan ke mulut anda.

7. Diari Makanan akan memastikan anda mendapat cukup khasiat dari setiap kumpulan makanan. Anda dapat memastikan jumlah karbohidrat, vitamin dan mineral yang secukupnya dalam setiap hidangan.

8. Diari Makanan sebagai penguat semangat anda untuk mencapai matlamat anda. Setiap kali anda mengemaskini diari makanan anda, pastinya azam dan komitment anda akan bertambah kuat demi mencapai matlamat berat badan yang ideal.

Namun apa yang lebih penting adalah kejujuran anda dalam merekodkan pemakanan anda dan berapa kuat anda inginkan untuk tubuh yang sihat dan berat badan yang sempurna. Hanya anda yang mampu menilai pilihan makanan anda.

Jika anda inginkan sebuah Diari Makanan anda bolehlah hubungi saya di SINI.

Friday, December 16, 2011

Fruits & Vegetables Delivery

Kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk mendapatkan bekalan buah-buahan dan sayuran. 2 buah syarikat tempatan telah memulakan langkah dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pelanggan mereka. Tetapi buat masa ini setiap syarikat ini hanya mempunyai liputan kawasan penghantaran yang terhad dan hanya boleh didapati di sekitar Lembah Klang sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web berikut:



Monday, December 12, 2011

Ujian Darah Selepas 2 Bulan

Pada bulan September 2011 yang lalu, saya telah melakukan ujian darah untuk mengenal pasti paras glukos dan kolestrol saya. Hasilnya tidak berapa baik kerana paras kolestrol saya berada di paras bahaya. Anda boleh lihat di sini.

Doktor membekalkan saya ubat Crestor Rosuvastin untuk membantu mengurangkan paras kolestrol. Namun ubat sahaja tidak berkesan tanpa mengawal pemakanan. Antaranya saya harus mengurangkan pengambilan daging merah dan makanan laut seperti udang, kerang dan ketam. Elakkan makanan bergoreng dan berminyak. Pastikan juga senaman dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

Selepas 2 bulan saya sekali lagi melakukan ujian darah untuk mendapatkan keputusan terkini.

Di bawah ialah perbandingan antara 2 ujian tersebut.


Nampaknya saya masih ada 2 tanda aras yang masih berwarna merah. Usaha pengambilan ubat dan mengawal pemakanan setakat ini berkesan dalam menurunkan beberapa tanda aras. Lebih usaha harus dilakuan bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik untuk ujian akan datang.

Sunday, December 11, 2011

Fakta Salah Berkenaan Pengurangan Berat Badan

1) Penurunan dalam lemak tidak sama dengan penurunan berat badan. Seeloknya kita mengukur kadar penurunan lemak badan dari sekadar menimbang berat sahaja.

2) Penurunan berat badan mungkin juga disebabkan oleh kekurangan air dan penyusutan tisu otot.

3) Penurunan berat badan yang cepat adakalanya tidak efektif dan tidak selamat. Penurunan yang di syorkan ialah 0.5 sehingga 1kg seminggu.

Antara Kaedah-Kaedah Penurunan Berat Badan Di Pasaran Sekarang




Monday, November 28, 2011

The Right Approach To Weight Management



The Right Approach to Weight Management is equivalent to:

The Right Supplement

plus


The Right Nutrition

plus


The Right Exercise

Testimoni mereka yang berjaya menurunkan berat badan dengan program The Right Approach.

Punca Radikal Bebas (Free Radicals)?

Radikal bebas ialah molekul aktif yang merosakkan protein dan DNA.

Punca Luaran:

1) Pencemaran udara, air dan tanah.
2) Makanan harian yang tercemar dengan racun perosak.
3) Bahan kimia industri dan domestik seperti pencuci.
4) Radiasi
4) Ubat-ubatan yang berlebihan
5) Virus

Punca Dalamam:

1) Metabolisma.
2) Senaman berlebihan.
3) Keletihan.
4) Tekanan perasaan.
5) Penuaan.
6) Pengambilan alkohol berlebihan.
7) Merokok.

Sunday, November 27, 2011

Semakin Meningkat Usia

Penuaan adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap yang bermula pasti akan berakhir. Masa akan sentiasa bergerak ke depan tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Sebenarnya bagi manusia biasa proses penuaan akan lebih cepat bermula dari umur 30-an. Bermula di sini fungsi sel dan tubuh badan anda mula perlahan dan tidak lagi mampu bertugas seperti sebelumnya. Metabolisma juga semakin menurun dan anda perlu lebih tenaga untuk membakar kalori.

Di umur 40-an fungsi organ anda hanya optimum pada kadar 80% sahaja. Di usia 50-an pula fungsinya semakin menurun ke 70%. Berikut adalah tanda-tanda proses penuaan berlaku.

1. Kulit
Ia adalah organ pertama yang mengalami proses penuaan sebaik kita dilahirkan di dunia. Kurang kenyal, kecerahan dan warna yang tidak sekata lagi adalah tanda penuaan.

2. Otak
Otak mula mengalami proses penuaan seawal umur 20 tahun. Fungsi otak yang paling optimum adalah disekitar umur tersebut dan ia mula menurun sedikit demi sedikit. Sel saraf otak adalah satu-satunya sel yang tidak mampu untuk baik pulih sendiri. Jika ia rosak ia tidak lagi mampu menghasilkan sel yang baru. Risiko Alzheimer pada usia 65 tahun adalah 5% dan ia meningkat ke 25% bila kita berumur 85 tahun.

3. Paru-paru
Ia mula mengalami proses penuaan pada umur 30 tahun. Asap rokok, pencemaran, asma dan jangkitan peparu mempercepatkan lagi proses ini. Kapasiti paru-paru juga mula merosot ke 30cc/sesaat setiap tahun.

4. Mata
Pada usia 40 tahun fungsi mata mula menurun. Rabun jauh adalah masalah biasa bagi mereka yang telah berumur. Mereka yang diusia 60 tahun pula akan mudah mendapat penyakit katarak.

5. Jantung
Keberkesanan jantung sebagai pam darah akan mula merosot pada umur 45 tahun. Salur darah yang tersumbat akan menyebabkan jantung bekerja lebih kuat dari biasa untuk mengepam darah. 

6. Telinga
Deria pendengaran akan mula merosot pada umur 60 tahun. Pesakit kencing manis dan darah tinggi akan mengalaminya lebih cepat dari yang normal.

7. Hati, Usus, Buah Pinggang
Organ-organ ini juga akan mengalami kemerosotan fungsi selaras dengan umur yang meningkat. Lindungi organ ini dari sebarang jangkitan akan melambatkan proses penuaan ini.

Tetapi disebalik peningkatan usia mengikut peralihan masa, proses penuaan sebenarnya disebabkan oleh Radikal Bebas (Free Radicals).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...