Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 8, 2011

Lebihkan Serat (Fiber) Dalam Makanan

Kalau anda mementingkan kesihatan, eloklah mengamalkan makanan yang tinggi kandungan seratnya. Serat atau 'fiber' adalah bahan yang tidak hadam dalam makanan anda. Pendek kata apa sahaja serat yang masuk, serat jugalah yang akan keluar sebagai bahan buangan.

Kenapa serat penting?

Secara amnya serat mengadungi hampir kosong kalori. Tapi ia bersifat mengenyangkan. Jadi anda akan merasa lebih kenyang tetapi tidak memudaratkan kalori anda. Serat juga membantu sistem penghadaman anda dan memudahkan anda membuang segala sisa pepejal. Ia juga mampu menyerap segala bahan yang tidak elok dalam badan dan dibawa bersama keluar setiap kali anda ke tandas.

Serat banyak didapati dalam sayur-sayuran seperti asparagus, brokoli, kobis, timun, lobak merah, seleri, bawang dan bayam. Seeloknya sayuran ini dimakan segar tanpa dimasak. Bagi rakyat Malaysia pula bolehlah mencuba ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja dan daun selom.

Selain itu buah-buahan juga mengandungi serat, contohnya seperti pisang, betik, epal, oren, tembikai dan nenas. Seeloknya dimakan mentah bagi mendapatkan jumlah serat yang banyak.

Bagi anda yang berhajat mengurangkan berat badan bolehlah mencuba amalkan sarapan dengan 'oatmeal' dan buah-buahan. Anda juga boleh gantikan 'oatmeal' dengan bijirin yang tinggi kandungan serat. Badan kita akan bekerja lebih keras untuk menghadam serat yang diambil disebelah pagi dan membakar lebih kalori.

Anda juga boleh mengamalkan sehari seminggu hanya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja. Pasti anda akan mampu menurunkan berat anda dengan lebih cepat.

Saturday, February 19, 2011

Graf Penggunaan Active 2


Graf di atas merekodkan hasil dari penggunaan program senaman menggunakan EA Sports Active 2 untuk PS3. Setakat ini sudah 1701 kalori di bakar dengan purata 150 kalori untuk setiap 30 minit senaman. Sekarang siapa kata main PS3 tidak mengeluarkan peluh.

Untuk lebih lanjut boleh melayari http://www.easportsactive.com



10 Makanan Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan

Seperti dalam posting saya sebelum ini, diet bukan bermaksud tidak makan tetapi lebih hati-hati dalam memilih apa yang kita makan. Pilih makanan dengan akal dan bukan nafsu sahaja. Berbagai jenis makanan terutamanya di restoran mengandungi banyak bahan yang mampu menggemukkan dan kurang berkhasiat. Elakkan memilih makanan yang berlemak, berminyak, terlalu masin atau mengadungi pewarna atau perisa tiruan yang berlebihan.

Di bawah disenaraikan 10 jenis makanan yang membolehkan anda membuat pilihan yang lebih bijak (senarai diambil dari laman web ifood.tv)

1. Salad Sayuran atau Buah-buahan
Jika anda berniat untuk mengurangkan berat badan, banyakkan memakan sayur-sayuran. Seeloknya sayuran yang tidak diperlu dimasak. Senang cakap, sayur mentah. Kalau boleh elakkan mayonis atau seangkatan dengannya untuk salad anda. Cuba minyak zaitun.

2. Ayam Panggang
Ayam yang dipanggang mengandungi protein yang tinggi dan kurang lemak. Elakkan bahagian kulit.

3. Sayur Panggang
Selain dari goreng dan rebus, sayur juga boleh dibakar atau dipanggang. Anda boleh mencuba dengan lada benggala, timun jepun, terung, putik jagung, asparagus, bawang besar, timun dan bawang besar.

4. Kekacang
Selain dari daging dan ikan, kekacang juga boleh menjadi sumber protein yang sihat. Ia juga mengandungi zat besi yang tinggi.


5. Limau Gedang (Grapefruits)
Menurut kajian setengah biji buah limau gedang mampu meningkat kadar metabolisma seseorang. Elok diamalkan sebelum makan sarapan pagi. Mungkin susah sikit untuk dapatkan di pasaran, tapi boleh didapati di pasaraya seperti Cold Storage.



6. Buah Tembikai
Buah ini senang didapati dipasaran. Apa yang menarik ialah buah tembikai sebenarnya mengandungi air yang banyak. Jadi anda tidak perlu risau untuk makan sebanyak mana pun yang termampu.

7. Teh Hijau
Mengandungi bahan aktioksidan yang tinggi dan mampu untuk memecahkan lemak. Minum tanpa gula. Anda boleh menambahkan jus lemon untuk menambah perisa.

8. Ikan
Mengandungi sumber protein yang tinggi dan kurang lemak. Yang penting isi ikan mengandungi omega 3 yang bagus untuk pertumbuhan.

9. Putih Telur
Juga mengandungi sumber protein yang tinggi dan kurang lemak.

10. Minuman Kalori Rendah
Pilih minuman yang kurang bergula dan pewarna tiruan. Seeloknya minum air kosong.


Wednesday, February 16, 2011

Formula Diet 3333

Diet bukan bermaksud tidak makan langsung atau menahan diri dari makan setiap kali tiba waktu makan. Ada yang beranggapan dengan mengabaikan waktu makan seseorang itu mampu mengurangkan berat badan. Diet sebenarnya ialah makan dengan berhemah dan menggunakan fikiran sebelum memilih jumlah dan jenis makanan.

Ambil makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai. Jangan mengambil saiz hidangan yang terlalu besar. Pilih lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan dari segi saiz hidangan, anda boleh mengamalkan formula diet 3333. Formula ini digunakan untuk 3 waktu makana utama dalam sehari iaitu sarapan, makan tengahari & makan malam.

1. 3 hidangan bersaiz tapak tangan.
Makan 3 hidangan bersaiz tapak tangan sayur-sayuran dan buah-buahan.


2. 3 hidangan bersaiz separuh genggaman.
Makan 3 hidangan bersaiz separuh genggaman makanan berkabohidrat seperti 'cereal', nasi atau roti.


3. 3 saiz hidangan sebesar genggaman.
Makan 3 hidangan bersaiz satu gengaman sumber protein seperti ikan, ayam atau produk soya.


4. Simbol OK
Kurangkan lemak dan makanan berminyak.

Jadi, sebelum makan gunakan akal dan bukan nafsu.

Wholemeal Bread dan Tuna

Wholemeal Bread & Tuna


Bahan-bahan yang diperlukan:
2 keping roti wholemeal
Sedikit daun salad
2 sudu tuna (chunk)
4 hirisan tomato
Sedikit cili sos & mustard untuk perasa.

Cadangan Menu Makan Tengahari Untuk Diet

Berikut adalah cadangan beberapa menu untuk makan tengahari. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk memperbagaikan lagi menu makan tengahari yang sihat.

ISNIN
1/2 pinggan nasi
Sekeping ikan bakar
Ulam-ulaman dan sambal
SELASA
1 mangkuk bihun sup (dengan ayam/bebola ikan & sayur-sayuran)

RABU
1/2 pinggan nasi
1 ketul ayam panggang
Sayur-sayuran

KHAMIS
5 ketul Yong Tau Foo
Sayur-sayuran

JUMAAT
1 mangkuk Wanton Mee (dengan ayam/bebola ikan & sayur-sayuran)

SABTU
1 set Kenny Rogers Quarter Meal (1/4 ayam & salad)

AHAD
1 pinggan Spaghetti
1 mangkuk Fresh Garden Salad

Cadangan Menu Sarapan Pagi Untuk Diet
Cadangan Menu Makan Malam Untuk Diet




Sunday, February 13, 2011

Cili Boleh Mengurangkan Kalori.

Ini berita bagus untuk orang Asia yang suka makan makanan pedas dan berempah. Kandungan cili iaitu "capsaicin" mampu mengurangkan penyerapan kolestrol dan meningkatkan enzim yang menukar lemak badan. Capsaicin ini terkandung dalam semua jenis lada seperti cili api, cili merah, cili padi dan lada benggala (capsicum).

Ada pendapat mengatakan capsaicin mampu meningkatkan hingga 50% kadar metabolisma sehingga 3 jam selepas makan. Lagi pedas anda makan lebih banyak capsaicin yang anda dapat.

Jadi selepas ini jangan lupa mengambil sambal belacan untuk setiap kali makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...