Nuffnang Advertisement

Thursday, April 26, 2012

7 Senaman Mudah Untuk Setiap Hari

Seperti biasa, apabila bercakap tentang diet atau pengurusan berat badan ia tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti fizikal atau senaman. Ia merupakan salah satu komponen wajib jika anda berhajat untuk mengurangkan berat badan. Cara terbaik untuk membakar kalori adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Ia membantu membina 'fitness' dan meningkatkan kadar metabolisma.

Namun demikian ramai yang cuba mengabaikan aktiviti senaman dalam program pengurusan berat badan mereka. Menahan lapar atau tidak makan sahaja tidak cukup untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. Anda mungkin kurus tetapi kelihatan letih dan tidak bermaya. Seeloknya anda mendapatkan berat yang ideal disamping bentuk badan yang sempurna.

Jika anda mudah bosan dengan satu-satu aktiviti fizikal, apakata anda perbagaikan jenis senaman setiap hari. Di bawah ialah 7 jenis aktiviti fizikal berbeza untuk setiap hari dalam seminggu.

1. Jogging
2. Senaman Aerobik
3. Senaman Yoga
4. Senaman Treadmill
5. Boxing atau Kick Boxing
6. Latihan angkat berat / weight training
7. Berbasikal

Jadi setiap hari anda bolehlah memilih mana satu aktiviti kegemaran anda. Satu jenis senaman untuk setiap hari. Selamat bersenam.


Tuesday, April 24, 2012

7 Cara Menikmati Sayuran

Kebanyakkan program diet pasti akan menggalakkan umatnya melebihkan makan sayuran. Tapi kebarangkalian untuk kita melanggar pantang ini amatlah tinggi. Ini kerana makan sayuran sahaja tidaklah beberapa menyelerakan bagi sesetengah orang. Berikut adalah 7 cara masakan berbeza untuk kita menikmati sayur-sayuran.

1. Kukus
2. Stir Fry
3. Tom Yam Sayur
4. Ulam
5. Salad
6. Sayur panggang (grilled)
7. Sup sayur
Jadi sekarang anda mempunyai 7 cara berbeza untuk setiap hari dalam seminggu. Tiada lagi alasan untuk tidak menikmati sayuran dalam program diet anda.

Saturday, April 21, 2012

Peralatan Asas Senaman Di Rumah

Senaman di rumah
Apabila anda berhasrat untuk mengurangkan berat badan, anda tidak boleh lari dari melakukan aktiviti fizikal. Tetapi ada kalanya anda tidak dapat pergi ke gim atau beriadah di luar disebabkan oleh alasan-alasan tertentu. Jangan risau kerana anda juga boleh melakukan aktiviti senaman walaupun berada di dalam rumah. Anda tidak memerlukan peralatan yang canggih atau mahal. Cukup sekadar dengan beberapa peralatan asas ini.
Kasut sukan
Anda mungkin memerlukan sepasang kasut untuk senaman di dalam rumah bagi mendapatkan kesan yang maksimum dan mengelakkan kecederaan.

Dumbbell/pemberat
Tingkatkan halangan (resistance) dalam senaman anda dengan menambahkan pemberat.
Tikar senaman (exercise/yoga mat)
Tikaer senaman boleh mengurangkan kesakitan dan kecederaan apabila melakukan senaman yang memerlukan anda berbaring di lantai.
Sit up bench
Sit up bench boleh membantu anda melakukan senaman sit up untuk mengempiskan perut.

Untuk panduan senaman anda boleh mendapatkan beberapa DVD senaman asas di pasaran:




Selamat melakukan senaman di rumah.


Menu Diet Untuk Seminggu

Menu diet untuk seminggu
Bagi mereka yang serius untuk mengurangkan berat badan atau ber 'diet'. Anda haruslah merancang menu makanan anda lebih awal. Jangan biarkan anda membuat keputusan disaat akhir apabila tiba waktu makan. Jika anda tidak merancang pemakanan anda, dikhuatiri anda akan membuat pemilihan makanan yang kurang sesuai dengan matlamat anda.

Pengurusan berat badan (weight management) bukan bermaksud anda mengabaikan waktu makan. Tetapi ia lebih kepada anda menguruskan pemakanan anda dengan bijak. Makan dengan otak dan bukan dengan nafsu. Makan dengan kuantiti yang kecil tidak menjadi masalah, walaupun anda makan 6 kali sehari.

Anda boleh gunakan menu diet di atas sebagai panduan dan olah semula mengikut kesesuaian anda. Tidak semestinya anda mengikut menu diet tersebut seratus peratus seperti cadangan saya. Yang penting anda haruslah memastikan bahagian (portion) makanan yang kecil dari biasa. Jika nasi pastikan hanya dalam separuh mangkuk sahaja. Sepotong ayam dada atau sepotong ikan sahaja. Tapi tiada masalah jika anda lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan minyak, cheese, keju atau mayonis jika boleh.

Program pengurusan berat badan TRA adalah program yang membantu anda mengurangkan berat badan dan memastikan tiada kesan sampingan, anda menjadi lebih sihat selepas mengurangkan berat badan dan tidak kembali ke berat asal apabila program tamat. Ini kerana program ini menggalakkan perubahan cara hidup dan pemikiran, ia tidak bergantung kepada ubat untuk menurunkan berat.

Pengurangan berat badan tidak sama dengan pengurangan lemak dalam badan.

Berat badan = Tulang + Air + Otot + Lemak

Jangan bergembira jika berat badan anda turun kerana pengurangan air dan otot

Pengurangan otot = Kadar metabolisma rendah

TRA menggalakkan pembinaan otot yang sihat dan meningkatkan kadar metabolisma. Kadar metabolisma yang tinggi akan memastikan badan anda lebih mudah membakar bahan lemak dalam badan.






Thursday, April 19, 2012

Diari Makanan 19/4/2012


SARAPAN
1. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Salad
2. Mushroom Soup

MINUM PETANG
1. Sushi 8 ketul


MAKAN MALAM
1. Sup sayur
2. Chicken wings

SENAMAN
Treadmill (30 minit)

PRODUK TRA
None

Diari Makanan 18/4/2012






SARAPAN
1. Roti + Tuna + Salad
2. Separuh buah oren
3. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Subway Chicken Teriyaki
2. Ice Lemon Tea

MAKAN MALAM
1. Yong Tau Foo
2. Chicken wings

SENAMAN
Aerobik 15 minit

PRODUK TRA
1) LifePak x 2
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Tuesday, April 17, 2012

Diari Makanan 17/4/2012


Tarikh: 17/4/2012



SARAPAN
1. Roti + Telur + Salad
2. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Sushi
2. Green Tea

MAKAN MALAM
1. Ayam panggang + Sup Sayur

SENAMAN
Berlari Treadmill  (30 minit)

PRODUK TRA
1) LifePak x 2
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Monday, April 16, 2012

Diari Makanan 16/4/2012

Tarikh: 16/4/2012

SARAPAN
1. Roti + Tuna
2. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Nasi Ayam
2. Teh O Ais

MAKAN MALAM
1. Salad + Ayam panggang


SENAMAN
Tiada

PRODUK TRA
1) LifePak x 2
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Dairi Makanan 15/4/2012

Tarikh: 15/4/2012

SARAPAN
1. Kue Teow Goreng
2. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Nasi + Pecal + Ayam Goreng

MAKAN MALAM
1. Grilled Vegetables
2. Spaghetti + tomato sos

SENAMAN
Punching bag
Sit up

PRODUK TRA
1) LifePak x 2
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Sunday, April 15, 2012

Diari Makanan 14/4/2012


Tarikh: 14/4/2012

SARAPAN
1. Nasi lemak
2. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Nasi + ikan bakar + daging salai + ulam

MAKAN MALAM
1. Yakiniku Don (Steamed rice served with pan fried beef)
2. Miso sup
3. Green tea

SENAMAN
Tiada

PRODUK TRA
1) LifePak x 2
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Saturday, April 14, 2012

Diari Makanan 13/4/2012


Tarikh: 13/4/2012

SARAPAN
1. Roti Telur
2. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Sup sayur
2. Grilled Chicken+tomato

MAKAN MALAM
1. Sup ayam + kacang panjang goreng


SENAMAN
Berlari treadmill (30 minit)

PRODUK TRA
1) LifePak x 1
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Thursday, April 12, 2012

Diari Makanan 11/4/2012


Tarikh: 11/4/2012

SARAPAN
1. KFC Foldover Breakfast
2. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Grilled Vegetables
2. Quacker Oat

MAKAN MALAM
1. Nasi Kerabu (separuh)
2. Chicken wings

SENAMAN
Paintballs
Cuci akuarium

PRODUK TRA
1) LifePak x 1
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Wednesday, April 11, 2012

Sayur Panggang (Grilled Vegetables) - Menu Diet


Memanggang sayuran ialah satu cara lain untuk menikmati sayuran selain dari memakannya mentah. Cara memasak begini adalah lebih mudah dan tidak memerlukan persiapan ramuan yang lama. Ianya juga merupakan salah satu cara sihat untuk menikmati sayuran.

Anda juga tidak perlu menjadi masterchef yang hebat untuk menyediakan menu ini. Newbies dan beginner juga boleh menyediakan makanan ini tanpa perlu merujuk sebarang panduan resipi. Tempoh penyediannya juga tidak lama.

Sayuran panggang (grilled vegetables) amat sesuai dimakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan (diet). 

Antara sayuran yang sesuai untuk dipanggang ialah:
  • Terung
  • Lada benggala (tak kisah warna apa pun)
  • Bawang besar
  • Asparagus (baby ke tak baby pun sedap)
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Cendawan butang
  • Kacang buncis
  • Tomato
  • Timun jepun 
Sedikit garam dan serbuk lada hitam/putih sebagai perisa.
Boleh juga dimakan dengan sos cili atau sos berbeku.

Sapukan sedikit minyak zaitun atau mentega supaya sayur tidak melekat pada kuali.

Terbalikkan sayur supaya masak keseluruhannya.

Siap dan boleh dihidangkan.

Tuesday, April 10, 2012

Lapar Nasi Bila Ber 'Diet'

Masalah utama bagi kebanyakkan orang apabila cuba untuk mengurangkan berat badan atau ber 'diet' ialah rasa lapar nasi. Ini disebabkan kita dibesarkan dengan sumber karbohidrat utama iaitu nasi. Jadi apabila kita mengurangkan pengambilan karbohidrat kita akan cepat berasa lapar.

Walaupun sudah makan buah dan sayuran kita masih lagi terasa lapar dan mahukan sesuatu yang mengenyangkan seperti nasi. Ini menyebabkan cita-cita anda untuk mengurangkan berat badan mula terbantut.

Tetapi tahukah anda bahawa produk TRA Complex mampu mengawal keinginan untuk makan makanan berkabohidrat. Ia mengandungi bahan banaba leaf yang mampu mengawal selera makan. TRA Complex juga mengandungi calsium dan teagreen yang mengawal simpanan makanan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan TRA Complex.


Formula Mengurangkan Berat Badan



Jika anda serius untuk mengurangkan berat anda perlu berpegang kepada formula berikut:

Pengambilan Kalori  >  Kadar Metabolisma  =  Penambahan Berat Badan

Jadi anda harus,

Pengambilan Kalori  <  Kadar Metabolisma  =  Penurunan Berat Badan

Mudah bukan... Anda haruslah memastikan bahawa pengambilan kalori harian anda adalah lebih rendah dari kadar metabolisma anda. Apabila pengambilan kalori rendah, badan anda akan menggunakan simpanan kalori dalam diri anda untuk menampung keperluan metabolisma anda.

Contoh mudah ialah kadar metabolisma badan anda adalah umpama enjin yang sentiasa memerlukan bahan api.  Enjin ini akan mendapatkan simpanan minyak spare apabila sumber utamanya berkurangan. 

Anda boleh mendapatkan kadar metabolisma anda dengan link di bawah:

Kadar Metabolisma (Lelaki)

Kadar Metabolisma (Wanita)

Secara mudahnya, anda haruslah mengurangkan pengambilan makanan dan meningkatkan kadar metabolisma.

Bagaimana untuk meningkatkan kadar metabolisma?


Saturday, April 7, 2012

Diari Makanan 7/4/2012


Tarikh: 7/4/2012

SARAPAN
1. Nasi Lemak
2. Teh Tarik

MAKAN TENGAHARI
Tom yam sayuran

MAKAN MALAM
Ayam Kukus + Sayur Kailan

SENAMAN
30 minit berlari (treadmill)
20 minit (ellipticals)
20 minit (upright bikes)

PRODUK TRA
1) LifePak x 1
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Sarapan Rakyat Malaysia


Apa yang rakyat Malaysia makan untuk sarapan?

Antara jawapannya ialah:

1. Nasi lemak
2. Roti canai
3. Mee/bihun/kuateow goreng
4. Nasi dagang
5. Capati
6. Chee Cheong Fun
7. Yong Tau foo
8. Tossei
9. Nasi kerabu
10. Mee/bihun/kuateow sup
11. Roti
12. Tak sempat sarapan

Kenapa makanan ini menjadi pilihan? Jawapan mudah ialah ianya senang didapati, murah dan mengenyangkan. Tetapi adakah makanan ini menepati ciri-ciri makanan yang sihat? Adakah ini pilihan yang ada untuk mereka yang berdiet dan ingin mengurangkan berat badan?

Walau apa pun sarapan pilihan kita pastikan ia:

1) Mengandungi sumber protein, karbohidrat dan vitamin yang cukup.
2) Elakkan makanan yang berlemak dan bergoreng.
3) Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
4) Jangan tidak sarapan.

Diari Makanan 6/4/2012


Tarikh: 6/4/2012

SARAPAN
1. Quacker Oat
2. Teh O + Jus Guava

MAKAN TENGAHARI
Subway Sandwich - Chicken Terikayi - no cheese
Isotonik drink

MAKAN MALAM
Nasi goreng kampung  + telur goreng
Teh O

SENAMAN
30 minit berlari (treadmill)

PRODUK TRA
1) LifePak x 1
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Friday, April 6, 2012

Diari Makanan 5/4/2012

Tarikh: 5/4/2012

SARAPAN
1. Quacker Oat
2. Teh O

MAKAN TENGAHARI
1. Sandwich Subway - Roasted Chicken, Vege + Wheat Bread.

MAKAN MALAM
6 ketul sushi + 1 mangkuk nasi & daging

SENAMAN
Tiada

PRODUK TRA
1) LifePak x 2
2) TRA Complex x 6
3) Trimshake x 1
4) DuoLean x 6
5) Diene-O-Lean x 6

Thursday, April 5, 2012

Punca Utama Obesiti

Need Diet?

Dianggarkan sejumlah 4 juta orang didunia dikategorikan sebagai obes atau mempunya berat berlebihan dari yang sepatutnya.


64% dari responden mengakui masalah ini berpunca dari "mulut' (amalan pemakanan).
Penyebab utamanya ialah.


  • 32% mengakui mengambil karbohidrat berlebihan (nasi, mee, roti)
  • 27% mengakui menggemari makanan manis (minuman berkabornat, kuih muih)
  • 23% mengakui selalu memakan daging merah (kari daging, steak)
  • 25% mengakui sukakan makanan bergoreng (kentang goreng, ayam goreng)
  • 11% mengakui tidak menolak untuk kek dan pastri (kek, donut)


Wednesday, April 4, 2012

Diari Makanan 4/4/2012


Tarikh: 4 April 2012

SARAPAN
Sup Cendawan + Roti
Teh & Jus Guava














MAKAN TENGAHARI
Nasi Ayam (Separuh)
Green tea















MAKAN MALAM
Tomyam sayur

SENAMAN
30 minit berlari (treadmill)











Produk TRA:

1) TRA Complex: 6
2) Trim Shake: 1
3) DuoLean: 6
4) Diene-O-Lean: 6

Diari Makanan 3/4/2012

Tarikh: 3 April 2012

SARAPAN
Roti+Telur+Sayur (Timun dan tomato).
Teh & Jus Oren


















MAKAN TENGAHARI
Sandwich Subway tanpa keju.
Iced Lemon Tea











MAKAN MALAM
Salad sayuran

SENAMAN
Tiada

Produk TRA:

1) TRA Complex: 6
2) Trim Shake: Tiada
3) DuoLean: 6
4) Diene-O-Lean: 6

Hobi: "Planted Aquarium"

Sekadar Gambar Hiasan
Antara cara mengurangkan tekanan/stress dalam rutin seharian ialah dengan memilih satu hobi. Setiap orang ada minat dan kecenderungan masing-masing untuk melakukan sesuatu yang lain dari apa yang biasa dilakuan setiap hari. Terlampau menumpukan pada kerja juga kadang-kadang memenatkan minda.

Antara hobi-hobi yang biasa menjadi pilihan adalah seperti fotografi, berbasikal, menanam pokok bunga, menjahit, menulis blog, memelihara ikan dan sebagainya. Baru-baru ini saya telah memilih satu hobi yang tak kurang menariknya juga. Hobi yang saya pilih ialah Lanskap Akuarium. Nama lain bagi hobi ini ialah 'Planted Aquarium' atau 'Aquascaping'.

Hobi ini sebenarnya ialah memelihara tumbuhan air di dalam persekitaran akuarium yang terkawal. Ikan atau haiwan lain tidak menjadi keutamaan, cukup sekadar seekor atau dua sebagai pelengkap ekosistem. Anda juga tidak memerlukan akuarium yang besar. Ianya boleh dimulakan dengan akuarium yang kecil (dipanggil nano akuarium) bersaiz 1 kaki.

Cabaran utama dalam hobi ini ialah menghasilkan satu lanskap tumbuhan yang menarik berdasarkan beberapa konsep tertentu. Kepelbagain tumbuhan dan lumut akan memberi impak seperti pemandangan asli di dalam kolam air atau sungai. Selain tumbuhan, objek seperti batu dan ranting/dahan kayu lama juga akan menambahkan lagi keaslian sesuatu lanskap.

Berikut adalah beberapa gambar dari akuarium saya (beginners.)

My Planted Aquarium
My Planted Aquarium
My Planted Aquarium
My Planted Aquarium




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...